8 hektar Hutan Simpan Bekelah diceroboh

KUANTAN – Kira-kira lapan hektar kawasan hutan di Kompatmen 83 Hutan Simpan Berkelah telah diceroboh dan diteroka bagi tujuan pertanian.

Pengarah Perhutanan Negeri Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, hasil tinjauan pihak Pejabat Hutan Daerah Tenerloh/Bera (PHD Temerloh) ke kawasan tersebut telah dibersihkan dan dibakar untuk dijadikan tapak pertanian.

Menurutnya, bertindak atas aduan berhubung isu pencerobohan dan penerokaan hutan simpan yang telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh Kwee Meng Chew pada 27 Julai 2020 dan Adun Kuala Sentul iaitu Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin pada 9 Ogos 2020, pihak PHd Temerloh telah membuat pemantauan.

“Pada 28 Julai 2020 satu gerakan pasukan PHD Temerloh telah menjalankan semakan ke sekitar lokasi aduan dan semakan telah dibuat berdasarkan gambar yang telah dimuatnaik oleh pengadu.

“Semakan telah dijalankan dari dari Kampung Jara hingga ke Sungai Jerit serta ke sempadan daerah Jerantut dan menemuinya pada 7 Ogos lalu,” katanya.

Sewaktu serbuan dibuat tiada individu atau jentera ditemui di dalam kawasan tersebut.

Pihak Jabatan telah bertindak menampal notis larangan menceroboh hutan simpan dan satu laporan polis berkaitan kejadia telah dibuat di Balai Polis Maran.

Mohd Hizamri berkata, pasukan pemantau terdiri daripada empat anggota diketuai Ketua Operasi, Mohamed Ashri Othman.

“Tindakan awal telah diambil dengan menampal notis larangan menceroboh hutan simpan dan satu laporan polis berkaitan kejadian telah dibuat di Balai Polis Maran pada 7 Ogos 2020.

“Pihak jabatan juga akan  meningkatkan rondaan dan pemantauan di sempadan hutan simpan agar kegiatan seperti ini dapat dibendung,”katanya