KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul kecewa dengan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang telah menceroboh hutan simpan kawasan tadahan air berdekatan Kampung Jara di sini.
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, bertindak atas aduan penduduk kampung, beliau telah membuat aduan terhadap Pegawai Daerah, Sharuddin Jali untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya difahamkan penguatkuasaan telahpun diambil oleh pihak berwajib termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.
“Rasa geram tengok keadaan tanah yang diteroka secara haram. Saya minta pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan tegas. Ini termasuklah dari Pejabat Tanah Daerah Maran,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Shahaniza tmenghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Beliay diberi tanggungjawab untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Ogos nanti.
“Tugas yang agak mencabar kerana ia akan dilaksanakan mengikut norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengawal pandemik Koronavirus (Covid-19)
“Namun, saya amat menghargai kepercayaan yang diberi dan akan memastikan ia berjalan dengan meriah dan penuh semangat patriotisme,” katanya.
Tamat