Bomba siap siaga operasi menyelamat di gua

OLEH: Hussain Ibrahim

KUANTAN – Walaupun insiden orang awam terperangkap dalam terowong bawah tanah belum lagi berlaku di negeri ini, namun anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan latihan untuk kerja kerja menyelamat mangsa, sebagai persiap siagaan awal sekiranya diperlukan.

Melalui anggotanya dalam unit STORM (Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia) atau Pasukan khas Operasi, Tektikal dan Penyelamatan Malaysia, telah menjalankan kursus dan praktikal baru baru ini di tinggalan lombong bijih timah di Sungai Lembing,
dalam daerah Kuantan.

Di ketuai oleh Penguasa Kanan Ismail Abdul Ghani selaku Komandan Storm Zon Pantai Timur, seramai 80 anggota unit tersebut telah di
dedahkan dengan elemen-elemen survival di dalam terowong yang seluas
dua meter, setinggi antara dua hingga tiga meter dalam keadaan gelap
dan suram, berkemungkinan roboh atapnya malah berisiko sesat di dalam
lorong lorong yang bersimpang siur, di bawah permukaan bumi.

Menurut Ismail, anggota unit ini perlu didedahkan dalam aspek-aspek
menyelamat seperti kajian risiko, teknik menyelamat mangsa dalam
runtuhan terowong, mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kawasan
atau dalam lubang yang sempit dan mengenal pasti masalah dihadapi
ketika sesi latihan.

“Secara asasnya teknik penyelamatan ini adalah sama tetapi apabila
berada dalam gua ini pertama kali dan yang pentingnya juga adalah,
kita di latih untuk mengelak dari tersesat laluan dalam gua atau
terowong yang gelap ini.

“Kita perlu mengenal dan cam lorong yang kita lalui dan akan lalui
dan kemungkinan lain adalah elemen kemerbahayaan yang kita tidak
jangka seperti adanya binatang buas di dalam nya atau berlakunya
keruntuhan tambahan semasa operasi,”

Ismail berkata, walaupun insiden orang awam yang mungkin melibatkan
pelancong atau petugas, terperangkap dalam gua atau dalam terowong
perlombongan adalah jarang sekali terjadi, namun demi mempastikan
anggota unit STORM ini sentiasa dalam kesiap-siagaan, untuk sebarang
kemungkinan, mereka di kehendaki mengikuti latihan menyelamat dalam
keadaan sedemikian.

“Setidak tidaknya, kami memperlengkapkan kesediaan kami untuk misi
menyelamat sekiranya ada kejadian seperti itu di tempat atau negeri
lain atau di negara lain.

“Sebelum ini ada kejadian mangsa terperangkap dalam tanah runtuh,
bangunan runtuh seperti yang pernah berlaku di Gua Tempurung di Perak,
atau bangunan tumbang seperti insiden HIghland Tower di Bukit
Antarabangsa, Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ” ujar Ismail.

Di negeri Pahang belum pernah ada lapuran yang melibatkan kejadian
akibat terperangkap dalam terowong walaupun ada sebuah tapak bekas
lombong bijih timah di pekan kecil Sungai Lembing dalam daerah
Kuantan.

Aktiviti perlombangan bijih timah bawah tanah ini merupakan tapak
perlombongan yang termasyhur di suatu ketika dulu dalam tahun 1800 an
hingga 1986. Ianya di hentikan di sebab kan harga bijih yang merudum
teruk .

Bahkan penutupan aktiviti perlombangan itu menyebabkan pekan kecil
Sungai Lembing menjadi sepi, dan masih menerima kunjung para pelancong
luar terutama dengan adanya inisiatif kerajaan yang menjadikan
beberapa kawasan bekas atau tinggalan terowong lombong yang telah di
baikpulih untuk tujuan tarikan pelancongan.

Kerana pembukaan semula terowong ini untuk kegunaan aktiviti
pelancongan, pihak pasukan bomba Pahang perlu lah memandang jauh akan
kebarangkalian berlakunya insiden yang akan membabitkan para
pelancong di dalam terowong tinggalan itu.

“Sekarang ini pun masyarakat sudah faham akan tugas kami selaku
anggota bomba bukan sekadar bertugas untuk memadamkan api kebakaran,
atau kejadian mati lemas dan lain lain, malah tugas kami lebih meluas
daripada itu seperti usaha menyelamat mangsa banjir antaranya.

Apapun keadaan insiden insiden yang berlaku, pihak pasukan bomba

dan penyelamat tidak pernah alpa untuk menyahut cabaran tugasan yang
membentukkan pasukan ini sentiasa dalam keadaan sia siaga dan
berdisiplin tinggi.

Ismail berkata, latihan penyelamatan dalam terowong ini adalah kali
pertama dilakukan dan Sungai Lembing dipilih sebagai lokasi latihan
kerana ianya adalah tinggalan aktiviti perlombangan bijih timah yang
terbiar sebelum ini.

“Kerana inya sudah lama terbiar, sudah pasti ada pelbagai kekurangan
termasuk struktur nya yang tidak teguh, kayu kayu yang menjadi bingkai
pintu keluar masuk mungkin sudah reput dan sebagainya,” Ismail
berkata.

“Sesuatu kejadian seperti runtuhan terowong atau gua bukan lah dapat
kita jangka. Apa tah lagi kalau ada orang awam yang terperangkap
walaupun sudah ada ciri ciri keselamatan yang di telah di usahakan
oleh pengendali terowong ini untuk aspek pelancongan.

“Kita harus bersiap siaga untuk kes kes menyelamat dalam kejadian
seperti itu , terutama di kawasan bekas lombong di Sungai Lembing ini
yang telah menjadi tempat kunjungan pelancong berikutan pembukaan
sebahagian kecil terowong tinggalan itu sebagai produk pelancongan,”
katanya.

Lombong bijih timah di Sungai Lembing ini merupakan kawasan
perlombongan bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia semasa
itu, dengan mempunyai terowong sekitar 322 kilometer dan kedalaman 610
meter hingga 700 meter di bawah tanah.

Operasi perlombangan yang dimulakan dalam tahun 1886 oleh Pahang
Consolidated Company Limited telah terpaksa di tutup operasi nya pada
tahun 1986 berikutan harga biji timah yang merudum teruk hingga
menyebabkan syarikat ini mengalami masalah kewangan yang besar .

Penutupan operasi ini menyebabkan terowong terowong nya terbiar dan
usaha pihak kerajaan menjadikan sebahagian kecil laluan terowong itu
sebagai produk pelancongan dan sentiasa mengutamakan ciri ciri
keselamatan untuk para pengunjung.

Habis.