Remaja maut motosikal bergeser dengan lori

Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila penunggang motoikal yang datang dari arah Jerantut ke Lipis dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Seorang remaja berusia 16 tahun yang menunggang motorsikal berseorangan maut di tempat kejadian setelah berlanggar sisi sebuah lori bermuatan tong cat di Kilometer 41, Jalan Jerantut – Lipis berdekatan Kampung Serdang, Mela, pada jam 9.40 malam semalam.

Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila penunggang motoikal yang datang dari arah Jerantut ke Lipis dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mangsa turut melanggar dinding besi lori sebelum jatuh semula di laluannya, akibat hentakkan kuat kemalangan tersebut penunggang meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.

“Keadaan motorsikal itu rosak bahagian di kanan handle , mudgud tercabut, penutup hadapan kanan motorsikal serta lampu hadapan pecah, manakala lori tersebut hanya mengalami kerosakan kecil dan pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mangsa yang maut akan dibedah siasat setelah mendapat keputusan saringan ujian Covid-19 yang dilakukan pada 22 Ogos lalu. Kemalangan diklasfikasikan di bawah Sek 41(1) APJ 1987.