Hanya berlatih di Parit berjaya lahirkan atlet SUKMA !

ROMPIN – Sekolah Kebangsaan Simpai, Muadzam Shah, melahirkan ramai atlet renang dan terjun daripada kalangan murid Orang Asli di Kampung Simpai yang telah mewakili Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) dan Sukan Malaysia (SUKMA).

Murid sekolah itu hanya berlatih di parit di kampung itu di bawah tunjuk ajar seorang guru yang sangat gigih sehingga mewakili daerah Rompin ke MSSP, malah ada yang terpilih mewakili negeri Pahang ke SUKMA.

Murid murid ini hanya berlatih dalam parit kerana ketiadaan kolam latihan. Hasilnya pantas menjadi atlet Sukan Malaysia SUKMA!

Guru tersebut, Mohamad Sahaimi Zainal yang sudah bertugas di sekolah itu selama enam tahun menjadikan aktiviti murid sekolah itu yang sering bermain di parit dan terus melatih mereka dengan cara betul sehingga muncul jaguh renang dan terjun Pahang.

“Bakat semula jadi murid dapat saya cungkil ketika mengajar di sekolah ini, sebuah sekolah yang seratus peratus orang Asli yang mempunyai 189 murid yang menjadikan parit itu ‘kolam renang” mereka setiap masa.

“Setakat ini kira-kira 30 orang murid di sekolah ini diberi latihan mengikuti program latihan MSSP setelah terpilih mewakili MSSP dan Sukan Malaysia 2020 (SUKMA 2020), katanya.

Dia bertekad untuk menaikkan nama negeri Pahang dalam bidang sukan ini dengan terus mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan murid sekolah itu atau sekolah berdekatan sekiranya terdapat kemudahan kolam yang sesuai.

“Diharap ada pihak membantu membina sebuah kolam renang yang sesuai untuk anak didiknya berlatih di kampung ini yang masih belum tertunai, maka muridnya terus berlatih berenang dan terjun di parit kampung itu.

Guru bertindak menjadikan aktiviti murid sekolah itu yang sering bermain di parit sebagai “turning point” melatih mereka dengan cara betul sehingga muncul jaguh renang dan terjun Pahang.

“Antara atlet dari sekolah saya seperti Amirazaman A/L Yalim, kini di Tingkatan 2 telah terpilih untuk mewakili Pahang ke SUKMA, manakala Riduan Filus (Tingkatan 1) turut menjalani latihan ke SUKMA dan atlet pelapis kebangsaan,”katanya.

Bekas Pengerusi Teknik Sukan Akuatik, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) yang telah mencurahkan keringatnya selama tiga tahun dalam bahagian pentadbiran sukan itu melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan serius dalam bidang kejurulatihan sukan terjun dan renang.

Selain itu, katanya, ibu bapa turut memberi sokongan sepenuhnya, dorongan mereka memberi inspirasi dan meningkatkan semangat dia untuk terus menggilap bakat murid sekolah itu.

Tamat

Siapa sangk beliau hanya berlatih dalam parit! Hebat anak ini dan gurunya pun hebat!