Dua beranak dikhuatiri lemas dalam kejadian bot terbalik di Lipis


LIPIS: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini

LIPIS – Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai dekat Kampung Bertang, Mukim Ulu Jelai, Koyan.

Mangsa, Ahmad Husin Aris, 52 tahun dan anaknya Nur Aina Ahmad Husin ,23 tahun, terselamat daripada kejadian manakala isteri Ahmad Husin, Rozi Omar (52) dan seorang lagi anaknya Zakirah Ahmad Husin (19) masih belum ditemui.

Menurut laporan yang diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) itu, empat beranak sekeluarga itu ingin balik untuk melihat keadaan rumahnya yang dinaiki air.

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad berkata, ketika kejadian, air sungai deras dan paras air sungai semakin meningkat.