Rumah pam penyedut pasir hanyut


JERANTUT – Video daan gambar rumah pam hanyut yang disedari orang ramai di Kampung Pulau Mansuk melepasi jambatan Jerantut Feri baru baru ini.

Penternak ikan sangkar sepanjang pesisir Sungai Pahang terutama berdekatan Kampung Pulau Mansuk, Kampung Lada dan Kampung Jerantut Feri bimbang mengalami kerugian sekiranya sangkar ikan ternakan mereka dirempuh rumah pam penyedut pasir yang hanyut.