21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

4 Penjara Yang Pelik Dan Unik Di Dunia

Apabila di sebut sahaja penjara pasti semua orang di dunia tidak mahu dan akan gerun apabila mendengarnya. Berikut kami senaraikan 4 perkara pelik di dalam penjara di seluruh dunia.

Apabila di sebut sahaja penjara pasti semua orang di dunia tidak mahu dan akan gerun apabila mendengarnya. Berikut kami senaraikan 4 perkara pelik di dalam penjara di seluruh dunia.

1. Penjara San Pedro Bolivia

Penjara ini terletak di daerah La Paz di Bovilla dan dianggap sebagai salah satu penjara paling unik di dunia. Tidak seperti penjara – penjara lain, penjara ini dikendalikan oleh tahanan itu sendiri. Ia tak ubah seperti kawasan perumahan yang besar, terdapat pelbagai kemudahan, termasuk restoran, kedai, dan jangan lupa bahawa terdapat juga kilang farmasi. Ironinya, kebanyakan tahanan di sini dipenjarakan kerana mengambil bahagian dalam jenayah dadah.

Imej: Google

Banduan baru pula dikenakan bayaran untuk tinggal di dalam bilik penjara, sesiapa yang tidak mempunyai wang akan tidur di kaki lima ataupun di luar bangunan. Pelik bila ada banduan yang boleh membawa keluarga mereka tinggal di sana. Bilik penjara pula dikategorikan kepada 3, 4 ataupun 5 bintang. Bukan itu sahaja banduan juga dipaksa untuk membayar yuran untuk berada di sana. Ini semua diceritakan oleh Rusty Young yang menulis buku Marching Powder, Sebuah buku mendedahkan apa yang berlaku di dalam penjara tersebut.

2. Penjara Baston, Norway

Percaya atau tidak, penjara ini kelihatan seperti tarikan pelancong. Sebilangan orang malah menyebutnya “penjara paling indah di dunia”. Di sini, tahanan tinggal di rumah dan bukannya di penjara. Mereka mempunyai bilik sendiri. Berkongsi dapur dan ruang tamu yang sama, yang lebih mengejutkan ialah selain bekerja untuk mendapatkan pendapatan pekerjaan sampingan, setiap tahanan di sini juga akan mendapat elaun bulanan sebanyak AS $90.

Imej: Google

Mereka hanya diberikan makan satu kali sehari dan memasak ataupun membeli makanan sendiri pada setiap hari. Hanya 5 pegawai penjara yang ditugaskan di sini menjaga banduan yang terdiri daripada perompak, pembunuh perogol dan sebagainya. Apa yang menarik statistic menunjukkan hanya 16 peratus sahaja banduan yang dilepaskan kembali ke penjara tersebut. Ini satu kadar yang rendah jika dibandingkan dengan Negara eropah yang lain dimana 70 peratus banduan akan masuk semula ke penjara.

3. Penjara Aranjuez, Spain

Ini adalah sebuah penjara yang dibina untuk banduan yang bekeluarga, fasiliti ini dibina supaya banduan yang mempunyai anak masih boleh berhubung dengan anak mereka. Banduan akan menerima bilik yang dihias dengan perhiasan dan perabot untuk kanak kanak. Kanak kanak mereka pula bebas untuk mundar mandir kecuali pada waktu malam.

Imej: Google

Tetapi bagi banduan2 ini bukan selalunya indah, bila anak mereka berumur 3 tahun mereka akan dipindahkan ke penjara yang biasa. Namun begitu ada banduan yang sengaja mengandung ketika dipenjarakan di sini, melahirkan anak semata mata mahu dipenjarakan di sana.

4. Penjara Halden, Norway

Sebuah lagi penjara mewah di Norway, walaupun penjara ini menempatkan banduan banduan yang ganas, tetapi dengan persekitaran penjara ia diberikan jolokan “Penjara paling berprikemanusiaan di dunia”. Bilik penjara mereka Nampak seperti sebuah bilik hotel selain mendapat fasiliti yang lain seperti menonton television, bermain video game, bilik merakam dan fasiliti2 yang lain.

Salah satu gambar bilik tahanan di Penjara Halden. Imej: Google

Pegawai penjara di sini pula kebanyakannya tidak memiliki senjata, walaupun dikelilingi dengan pembunuh, perogol, penculik dan sebagainya. Banduan di sini diwajibkan untuk mengikut arahan dan menghadiri kelas konseling, jika tidak mereka akan dihantar ke penjara biasa.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini