21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

5 Individu Berjaya Yang Pernah Mengalami Kegagalan

Pepatah mengatakan Usaha Tangga Kejayaan. Mari kita lihat 5 perkara dimana kegagalan itu boleh membuahkan hasil yang masih di ingat sehingga ke hari ini

  • Walt Disney

Pengasas dan pencipta jenama terkenal Disney dahulunya memulakan karier sebagai seorang penyunting akhbar di Kansas City Newspaper, malangnya, dia dipecat atas alasan tidak cukup kreatif pada sekitar tahun 1919, oleh sebab minatnya untuk mencipta animasi dia memulakan perniagaan walt disney dengan membuka studio animasinya sendiri iaitu Laugh-o-gram studios. Apa yang menyedihkan, syarikat itu jatuh bankrap setahun selepas pembukaannya kerana tidak mendapat sambutan

Walaubagaimanapun, dia tidak berputus asa dan masih mencuba untuk memulakan studio baru yang lain kali ini dengan memohon pinjaman bank biarpun ditolak beratus kali. Dan pada tahun 1923 cubaan ke 300 dia berjaya mendapatkan pinjaman dan usahanya berhasil bila Disney menjadi antara jenama animasi yang terkenal di dunia. Apa yang menarik setelah empayar disney terkenal dan berjaya syarikat tersebut telah membeli syarikat akhbar yang memecatnya ketika dia berumur 22 tahun dahulu.

  • JK Rowlings

Kepada peminat harry potter di sini mesti ramai yang kenal dengan penulis buku Joanne Rowling ataupun popular dikenali sebagai JK Rowling. Semasa dia menulis cerita Harry Potter pada tahun 1990 dahuli ibu Rowling meninggal dunia membuatkan dia mengalami depressi. Tidak putus asa menjadi seorang penulis dia menyambung karya harry potter sambil menjadi guru bahasa inggeris di portugal.

Sejak dari hari itu dia berusaha untuk mendapatkan penerbit, menerbit buku harry potter, 15 penerbit menolak permohonan Rowlings disambil mendapat reaksi dan respon dari penerbit mengatakan yang cerita harry potter tidak mempunyai potensi untuk pergi jauh. Tidak sehingga pada tahun 1997 buku Harry Potter bertajuk The Sorcerer Stone diterbitkan, bukan sahaja siri harry pottter mendapat sambutan tetapi menjadi fenomena sehingga hari ini.

  • Oprah Winfrey

Oprah Winfrey datang dari keluarga yang daif, semasa dia masih kecil dia terpaksa memaki guni kentang sebagai baju dan sering menjadi serangan seksual oleh ahli keluarganya, Winfrey. Sekarang nilai aset wanita berjiwa besar ini adalah sebanyak 3 billion us dollar melalui rancangan telivisionnya The Oprah Winfrey Show dan juga perniagaan2 lain yang dimilikinya.

Semasa memulakan kareer di umur 20 tahun dia menjadi penyampai wanita kulit hitam pertama di kaca TV daerah Nashville tetapi dipercat 7 bulan selepas bekerja di situ. Dia kemudian mencuba nasib di Chicago menerusi sebuah rancangan AM Chicago, dia berjaya menjadikan rancnagan tersebut popular di Amerika dan kemudian ia ditukar kepada The Oprah Winfrey Show. Kisah Oprah winfrey antara kisah yang banyak memberikan motivasi kepada ramai orang.

  • Soichiro Honda

Siochiro Honda adalah pengasas kepada syarikat pengeluar Honda, tahukah anda sebelum honda ditubuhkan dia telah ditolak untuk bekerja sebagai jurutera kenderaan di Toyota Motor Corporation. Dia menghabiskan dua tahun untuk mencipta teknologi piston supaya dia diterima menjadi jurutera di Toyota tetapi hasil dua tahun tersebut ditolak bulat bulat oleh toyota. Kecewa dengan penolakan tersebut dia menganggur sambil cuma untuk menyempurnakan ciptaan pistonnya.

Semasa perang dunia berlangsung Honda berusaha untuk mencipta motorsikal dan bukannya kereta. Setelah bertungkus lumus menyiapkan motorsikalnya sendiri selepas perang dunia kedua dahulu dimana ekonomi jepun merundum ramai rakyat yang tidak mampu untuk membeli kereta dan memilih untuk memiliki motorsikal. Di situlah jualan honda melonjak naik, sehingga hari ini menjadikan syarikat honda antara syarikat pengeluar kenderaan gergasi di dunia.

  • The Beetles

Pada tahun 1962 The Beetles menghadiri satu ujibakat di Decca Studios untuk mendapatkan tawaran rakaman. Walaupun menyanyi 15 lagu mereka gagal di ujibakat tersebut. Dick rowe, pengurus Decca studio memaklumkan kepada pengurus the beetles Brian Apstein yang genre musik mereka menggabungkan irama rock dan rnb ketinggalan zaman. Selain mengatakan yang kumpulan music seperti The Beetles tidak lagi laku di pasaran dan mereka tiada masa depan di dalam industri musik keputusan Dick Rowe menolak The Beetles dianggap sebagai antara keputusan yang paling buruk sekali pernah dilakukan di dalam sejarah musik.

Tidak berputus asa mereka gigih menghadiri ujibakat dan akhirnya mendapat tawaran daripada EMI untuk merakamkan dan menerbitkan lagu mereka. Sehingga hari ini kumpulan The Beetles dianggarkan bernilai 660 juta us dollar dan menjadi antara kumpulan musik lagenda sepanjang zaman.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini