21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

8 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Di Malaysia

Syukur, kerana disebalik semua ini di dunia liar Malaysia: hutan dan terumbu karang, gunung dan hutan hujan, sungai dan rabung ada menanti percutian mencabar untuk anda.

Portal Melancong.my menulis, Tidak banyak negara di Asia Tenggara yang tidak seperti di Malaysia ini, pelbagai aktiviti dunia liar yang anda boleh alami di Malaysia.

Menyelam di Semporna Archipelago, Sabah

Mana-mana tempat yang dihuraikan oleh pakar skuba Jacques Cousteau sebagai ‘seni yang tidak disentuh’ adalah amat istimewa.

Pengembaraan dasar laut di sekitar Sipadan – sebuah pulau yang berbentuk bulat panjang di atas puncak lautan – memikat hati yang merasakannya: ikan paus, martil dan jerung terumbu, ikan pari, barakuda dan penyu adalah teman menyelam yang biasa ada di pulau istimewa ini.

Membelah Ombak Di Pulau Tioman Dan Cherating

Lambaian besar dari Indonesia ke selatan sentiasa menjadi tajuk utama, namun di pantai timur Semenanjung Malaysia juga memiliki pesona yang serupa.

Bercuti di sekitar Cherating dan di sekitar timur Pulau Tioman untuk melihat gelombang ombak dari China Selatan setinggi lima atau enam kaki.

Banyak yang ditawarkan bagi di destinasi indah ini bagi pelancong yang inginkan cabaran khusus yang ada di sini.

Bersama Kelawar Di Taman Negara Gua Mulu, Sarawak

Ianya adalah pengalaman tiga hari menjelajah hutan hujan ke puncaknya, tetapi apa yang paling menarik di taman ini adalah di bawah tanahnya.

Gua-gua yang luas, termasuk Gua Rusa untuk dikunjungi pelancong dengan bukaan terbesar sepanjang 2 kilometer.

Datanglah dan lihatlah bagaimana gambaran kumpulan dua juta ekor kelawar berterbangan bersama baunya yang unik itu.

Mendaki Taman Negara Endau-Rompin

Harimau, gajah, tapir, harimau bintang, badak Sumatra adalah antara bintang yang terancam wujud di Taman Negara Endau Rompin.

Kesemuanya ada disini, diakui memang sukar untuk mengesan mereka ini di hutan berdataran rendah yang subur kira-kira 870 km persegi ini.

Pendakian di taman negara ini bukanlah berkisar tentang berapa spesies yang anda bakal jumpa. Namun, pengalaman berkhemah di hutan purba, mandi di bawah air terjun, dan melihat pelbagai spesies burung serta kawanan monyet-monyet pastinya memberikan anda 1001 memori indah.

Merakit Di Sungai Padas, Sabah

Jeram kelas I dan II di Sungai Kiulu adalah pencetusan rembesan adrenalin bagi mereka yang sukakan aktiviti mencabar. Namun jika anda ingin menguji ke tahap maksima, cubalah Sungai Padas.

Deras arus yang menolak anda dengan kelas III dan IV sepanjang melalui sungai dengan rakit sejuah 30 km perjalanan. Di sebalik selak-selak nafas, ambillah peluang untuk menatap hutan hujan yang berada di tebing sungai ini.

Bersiar-Siar Di Ladang Teh Cameron Highlands

Tempat menarik di Malaysia bagi pengembaraan ala-ala English dengan berlatarbelakangkan ladang teh dan strawberi: ianya hampir serupa seperti di Wimbledon.

Berjalan di sekitar stesen bukit di Cameron Highlands adalah aktiviti utama.

Di sebalik geografi indah kebun-kebun teh ini, aktifkan kaki anda untuk berjalan-jalan dalam udara dingin hingga ke paras tertinggi untuk sampai ke puncak melihat pemandangan indah sambil melihat kesejukan air terjun yang mengalir.

Melihat Hidupan Dari Atas Bot Di Sungai Kinabatangan, Sabah

Anda boleh melihat haiwan primatif ini di pusat-pusat pemulihan Sepilok atau Semenggoh, tetapi ianya tidak sama dengan melihat mereka hidup di habitat sendiri, iaitu di hutan.

Naiki bot waktu pagi di Sungai Kinabatangan bagi mendapatkan peluang melihat gajah pigmi yang pemalu, monyet proboscis dan burung-burung pelbagai spesies.

Mendaki Ke Rumah Panjang Dari Kelabit Highlands, Sarawak

Kesempatan untuk bertemu dengan penduduk asli Kalimantan dan tinggal di rumah panjang tradisional mereka adalah salah satu sebab utama untuk mendaki ke pedalaman berkabus ini.

Mungkin mereka bukan lagi pemburu kepala, tetapi pertemuan dengan suku asli Borneo masih menawarkan pengalaman yang unik ke dalam budaya yang sedang laju terhakis ini.

Sumber: Portal Melancong.com.my

ARTIKEL MENARIK

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini