21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

10 Tips Supaya Bayi Mudah Tidur

Sesetengah ibu bapa mungkin mempunyai masalah untuk menetapkan waktu tidur anak, malah anak juga tidak mudah jatuh lena. Bahkan, ada juga yang kerap terjaga pada waktu malam.

Oleh itu apakah tips tidur nyenyak bagi si cilik anda?

Melalui penulisan dia Mediacorp, bayi baru lahir sebenarnya masih belum memahami ritma kehidupannya. Dalam erti kata lain, si manja masih belum tahu bila waktu tidur, waktu makan dan sebagainya. Di sinilah tugas ibu dan bapa bermula bagi membentuk cara tidur serta waktu tidur anak.

Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh laman The Asian Parent untuk mendapatkan tidur bermutu yang boleh diamalkan sejak bayi lahir lagi.

10 Tips Tidur Nyenyak Untuk Si Manja

1. Biarkan bayi tidur sendiri

Bagi bayi, seeloknya biarkan mereka belajar menenangkan diri sehingga akhirnya tertidur sendiri. Gunakan permainan atau letakkan bayi di katil semasa bayi kelihatan mengantuk dan elakkan bayi tertidur semasa sedang makan.

Kanak-kanak harus mempunyai rutin tidur yang tetap dan bersesuaian dengan usia. Tetapkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang sama pada setiap hari, malah pada waktu hujung minggu juga sebaiknya mengikut rutin yang sama – tiada waktu tidur berlebihan.

3. Bacakan buku cerita sebelum tidur

Membacakan buku cerita kepada anak adalah salah satu cara yang baik untuk memudahkan dia tidur. Menurut Michael Gradisar, seorang pakar psikologi klinik di Universiti Flinders, Adelaide, Australia: “Dalam kebanyakan kegiatan, membaca buku bercetak merupakan aktiviti paling santai”.

4. Pastikan tiada gajet di bilik tidur

Elakkan daripada meletakkan televisyen, komputer, tablet atau telefon bimbit di bilik tidur dan elakkan anak bermain peranti seumpama itu sejam sebelum tidur.

Elektronik boleh merangsang otak kanak-kanak dan cahaya biru dari peranti seperti iPad juga menghalang pelepasan melatonin.

5. Bilik tidur yang tidak panas dan tenang

Sebelum bawa anak ke bilik tidur, pastikan suhu di bilik tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk. Selain itu, bilik haruslah dalam keadaan tenang dan kemas supaya anak akan selesa apabila melelapkan mata.

6. Katil hanya untuk tidur

Tetapkan peraturan bahawa katil hanya untuk tempat berehat sahaja. Elakkan dari melakukan perkara lain di katil seperti makan, bermain atau melakukan kerja sekolah di tempat tidur.

Didik anak untuk menghormati tempat beristirahat dan wujudkan tabiat yang baik ini untuk memberikan manfaat jangka masa panjang. Apabila anak faham hal ini, ia menjadikan dia lebih mudah terlelap apabila berada di katil.

7. Jauhkan kuman dari bilik tidur

Menjaga bilik tidur dengan bersih boleh memastikan bilik tidur bebas kuman. Anginkan selimut dan cadar sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

8. Makan snek sebelum berus gigi

Pengambilan kudapan tinggi protein dan rendah gula seperti segelas susu menggalakkan tidur yang lebih baik. Walau bagaimanapun, makan gula-gula atau makanan manis sebelum tidur boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dan turun secara mendadak menyebabkan kelaparan pada tengah malam.

9. Beri perhatian untuk anak bercakap

Sebelum masuk tidur, luangkan masa selama 10-15 minit untuk mendengar cerita anak dan luahan hatinya. Tanya tentang harinya atau bercakap tentang impiannya supaya fikirannya lebih tenang kerana dapat memberitahu ibu bapa sekiranya mempunyai kebimbangan.

10. Ajar anak amalkan bermeditasi atau berdoa sebelum tidur

Meditasi dan doa boleh menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan selain memperbaiki tidur.

Setiap kanak-kanak memerlukan jangka masa tidur yang berbeza – ada yang memerlukan tidur yang lama dan ada yang sekejap. Yang pastinya, ibu bapa harus tahu keperluan tidur si anak agar anak tidak meragam apabila tidak cukup rehat.

Hakikatnya, apabila kanak-kanak tidak cukup tidur, mereka lebih cenderung untuk mempunyai masalah tingkah laku dan tidak mendengar kata.

Si anak tidak boleh disalahkan kerana ia adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik mereka supaya mendapatkan tidur, terutamanya secara rutin. 

sumber: Mediacorp

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini