21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

3 Fakta Matahari Yang Perlu Kita Tahu

Matahari juga merupakan bintang di alam semesta ini. Kenapa Matahari disebut bintang?

Seperti yang kita ketahui, Matahari adalah pusat sistem suria kita, tiada yang lebih besar dari Matahari di dalam sistem suria kita. Kesemua planet dan segala sahaja di sistem angkasa mengelilingi Matahari pada orbitnya.

Tahukah anda, ada banyak perkara yang perlu kita ketahui mengenai Matahari. Selain dari warna yang umum kita ketahui ialah warna kuning, Matahari sebenarnya memiliki banyak warnanya, jom kita lihat apa yang menariknya.

1. Matahari adalah bintang

National Solar Observatory
National Solar Observatory

Jika selama ini anda berfikir bintang hanya boleh dilihat pada malam hari sahaja, Matahari juga merupakan bintang di alam semesta ini. Kenapa Matahari disebut bintang? ini kerana maksud Bintang itu adalah objek luar angkasa yang memancarkan cahayanya sendiri.

National Solar Observatory menulis, Bintang akan memancarkan cahayanya sendiri kerana adanya proses tindak balas di dalamnya, proses ini sangat extreme kerana ia memaksa empat atom hidrogen bersatu dan menjadi satu atom helium. Oleh itu, Matahari adalah satu-satunya bintang di siang hari.

2. Bukan bola api, melainkan bola plasma

Foto: wikipedia
Foto: wikipedia

Pernahkah anda befikir bagaimana Matahari boleh ‘terbakar’ di ruang angkasa yang seperti kita tahu di sana tiada udara yang dapat membantu menyalakan api?

Seperti yang dilaporkan di dalam Idntimes, Matahari bukanlah bola api melainkan bola gas dalam bentuk plasma yang sangatlah panas, komposisinya terdiri dari 70% hidrogen dan 28% helium. Suhu permukaan Matahari mampu mencapai 5.778 darjah celcius.

Baca Juga: Ditimpa Meteorite Di Dalam Rumah

3. Dianggap mengelilingi Bumi satu masa dahulu

Gambaran Matahari Dianggap Mengelilingi Bumi Suatu masa Dahulu (Foto: www.unlv.edu)
Gambaran Matahari Dianggap Mengelilingi Bumi Suatu masa Dahulu (Foto: www.unlv.edu)

Pada zaman dahulu, orang masih percaya bahawa Matahari yang mengelilingi Bumi, dengan kata lain Bumi adalah pusat orbit bagi Matahari. Ia dumulai oleh dua orang ilmuan berbangsa Yunani kuno bernama Plato dan Aristoteles pada abad ke 4 SM dengan memperkenalkan pemikiran geosentrisme.

Dalam astronami geosentris suatu model menggambarkan jika Bumi adalah pusat dari alam semesta. Matahari, Bulan serta planet lain akan mengelilingi Bumi dalam bentuk lingkaran

Pun begitu, kita teramatlah beruntung kerana terdapat ilmuan hebat pada masa lalu seperti Aristarchus of Samos dan Sir Issac Newton yang telah membuktikan secara ilmiah kalau Bumi bukanlah pusat alam semesta.

Itu sahaja 3 fakta menarik yang mengenai sistem suria kita, Bumi ibarat kanak – kanak yang berlari mengelilingi Matahari yang tanpanya kita mungkin tidak akan hidup seperti sekarang. Ada kajian mengatakan Mathari akan mampu terus bersinar sehingga 5 juta tahun ke hadapan.

Teruskan Membaca:

sumber:Idntimes

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini