23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

5 Kereta Sports Paling Mahal Di Dunia

Setiap tahun pasti akan ada kereta yang bernilai ratusan ribu malah ada sehingga jutaan ringgit akan di lancarkan.

Setiap tahun pasti akan ada kereta yang bernilai ratusan ribu malah ada sehingga jutaan ringgit akan di lancarkan. Jenama – jenama terkenal pasti sudah biasa di dengar oleh semua orang seperti Bugatti, Koenigsegg, Ferrari, Porche, dan banyak lagi.

Kali ini, kami hendak senaraikan antara 5 buah kereta paling mahal di dunia. Apa yang menariknya kereta yang disenaraikan ini sudah ada pembeli dan ada pemiliknya. Terfikir juga kami, apa lah kerja diorang ye sampai mampu miliki kereta dengan tanda harga seperti di bawah ini. Jom kita baca

1. RM20.5 Juta — Koenigsegg CCXR Trevita

Sumber: digitaltrends
Sumber: digitaltrends

Kereta termahal di dunia 2017 jatuh kepada Konigsegg CCXR Trevita, dengan harga yang memang buat anda ternganga iaitu RM20.54 juta.

Menurut artikel Digitaltrends, Kenapa ia terlalu mahal berbanding dengan kereta-kereta lain? Sebab kereta ini disaluti berlian dan tahu-tahu sajalah kalau ada berlian, semua benda jadi mahal! Kereta keluaran Sweden ini telah diperbaharui luarannya dengan apa yang dipanggil Koenigsegg Proprietary Diamond Weave.

Teknik ini merangkumi salutan gentian fiber yang mengandungi serbuk berlian. Tak dapat nak dibayangkan berapa kos untuk mengecat dan menyiapkan luaran kereta termahal di dunia ini.

Bukan luaran sahaja yang mahal, kereta ini disempurnakan oleh enjin 4.8 liter dwi-supercharged dengan jumlah maksima kuasa kuda adalah 1,004 dan 797 tork yang sudah pastinya membuatkan kereta ini tak ada masalah untuk memotong kereta anda di jalan raya.

Kereta ini juga tersangat eksklusif, dan hanya ada 3 buah sahaja di atas muka bumi ini.

2. RM33 juta — Mercedes-Benz Maybach Exelero

Sumber: moto1.com

Model ini walaupun bukanlah kereta paling mahal dalam senarai kami, Maybach Exelero dibuat pada tahun 2004, model 2 pintu ini memiliki 700 kuasa kuda, twin turbo V12 dan rekaan dalaman yang tersangat lah mewah. Sebab itulah harganya mencecah RM33 juta.

Interior dalaman Maybach Exelero (Sumber: daimler)
Interior dalaman Maybach Exelero (Sumber: daimler)

3. RM36 juta — Bugatti Centodieci

Ronan Glon/Digital Trends

Bugatti sekali lagi mengejutkan semua pengunjung apabila memperkenalkan La-Voiture Noire pada Pameran Auto Geneva 2019. Tetapi dalam pada masa yang sama, syarikat gergasi dari Perancis ini sudah mengusahakan sebuah lagi model terbarunya. Centodieci yang bermaksud seratus sepuluh dalam bahasa itali rekabentuknya diinspirasikan dari model Bugatti yang lain.

Model ini menggunakan engine W16 Quad-Turbocharged yang diselaraskan untuk memberikan 1600 kuasa kuda. Kereta ini terhad hanya 10 unit dikeluarkan.

4. RM53 juta — Rolls-Royce Sweptail

Rolls-Royce jenama yang tidak asing lagi, mereka akan membuat apa sahaja jenis kereta asalkan anda mempunyai dompet yang tebal untuk membayarnya. Rolls-Royce Sweptail sebagai contoh. Ini adalah satu – satunya kereta model Coupe atas permintaan dari pelanggannya yang direka sepenuhnya dari mula oleh syarikat ini.

Rekabentuk model klasik ini di ilhamkan dari sebuah kapal layar mahal. Boleh dikatakan setiap bahagian kereta ini sangatlah unik. Mengambil masa sehingga empat tahun untuk disiapkan, jadi sebab itulah faktor tanda harganya yang mencecah RM53 juta

ARTIKEL LAIN:

5. RM78 juta — Bugatti La Voiture Noire

Ronan Glon/Digital Trends

Kereta paling mahal ini adalah Bugatti La Voiture Noire, model ini dilancarkan di Geneva Auto Show 2019 merupakan antara kereta yang termahal pernah dibuat. Pembuat kereta Perancis ini belum lagi mendedahkan harga untuk model ini, walaupun ada khabar angin mengatakan kereta ini beharga sekitar RM 78,432,000.00. Meskipun ia masih belum siap dibuat, kereta ini sudah ada pembelinya tetapi pemilik meminta Namanya untuk dirahsiakan.

Foto Oleh: Autoblog

Biarpun pemiliknya masih menjadi tanda tanya, spesifi kerea ini sudah terkenal. La Voiture Noire – bermaksud “kereta hitam” dalam Bahasa perancis dikuasakan oleh engine W16 Quad-Turbocharged, 8.0liter yang kini terdapat pada model Chiron. Ia memberikan 1500 kuasa kuda yang sangat luar biasa untuk kenderaan empat roda ini menjadikan ia sebagai kereta terpantas di bawah jenama Bugatti.

Sumber: Digital Trends, Illuminasi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini