21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

6 Rekabentuk Motosikal Yang ‘Buruk’ Pernah Dihasilkan

Komuniti pencinta dua roda bersetuju wujud beberapa jentera yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri sedap mata memandang.

Perkataan cantik sememangnya kita tahu ia adalah subjektif, ada barang yang cantik di mata kita tetapi tidak semestinya cantik di mata orang lain. Hal ini terjadi juga pada rekabentuk sesebuah motosikal kerana ada antara kita yang melihat sesuatu motor cantik dan ada yang lihat tidak.

Seperti di tulis di laman Motomalaya.net, komuniti pencinta dua roda bersetuju wujud beberapa jentera yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri sedap mata memandang.

Menurut Ride Apart, berikut 10 motosikal paling buruk yang pernah dihasilkan di dunia:

1. BMW K1 1988

Sumber: Motorcycle Specs

BMW cuba menghasilkan produk aerodinamik yang paling terbaik, dalam usahanya itu jentera yang dihasilkan semestinya agak ‘seksi’, apa yang berlaku adalah terhasilnya sebuah jentera yang memiliki fender paling buruk.

2. KTM 690 2007

Sumber: Top Speed

Pelik bagaimana satu komponen mampu merosakkan imej keseluruhan sebuah motosikal. Itulah yang berlaku apabila KTM bertindak meletakkan ‘paruh’di bahagian depan. Muncung depan itu turut mengingatkan pada watak Phineas dalam Phineas and Ferb bukan?

3. Honda DN-01

Honda DN-01 atau ‘Do Not Own One’ merupakan antara langkah pertama Honda dalam penghasilkan motosikal ‘sports cruiser’ yang futuristik. Meskipun menggunakan ‘single-sided swing-arms’seperti yang didapati pada jentera Ducati sekarang namun ciri-ciri lain langsung tidak memikat mata yang memandang.

4. Aprilia Starck Moto 6.5

Sumber: Bike Exif

Asalnya rekaan Phiippe Starck – pereka Perancis – mahu mengambil pendekatan baharu dalam rekaan motosikal. Ramai yang memuji reka bentuk ekzos bagaimanapun perkara sama tidak boleh diperkatakan dengan gaya ‘perut ibu mengandung’ serta kedudukan kerusi yang agak kekok.

5. Buel RR 1000 BattleTwin

Kes sama seperti BMW K1, kerana terlalu fokus dalam menghasilkan jentera yang aerodinamik, reka bentuk Buell RR 1000 BattleTwin pun boleh membuatkan individu seperti Suhaimi Saad percaya bahawa bumi ini bulat.

6. MV X Zagato F4Z

Zagato – sebuah syarikat berpangkalan di Milan – sememangnya terkenal dengan menghasilkan kenderaan yang lebih eksotik dengan menaik taraf Aston Martin dan Maserati. Jadi ketika mereka mengumumkan keputusan untuk mengolah semula MV Augusta Tamburini, ramai yang teruja. Bagaimanapun, hasilnya gagal membuat komuniti motosikal terpegun sebaliknya rata-rata berpendapat Zagato harus kekal dengan jentera

ARTIKEL LAIN

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini