21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Asian Giant Hornets, Tebuan Terbesar Asia

Sengatannya mampu menyakitkan keluarga tebuan atau haiwan jenis penyengat yang lain.

Tebuan yang berasal dari Jepun ini merupakan spesis tebuan terbesar di dunia dan mampu mencapai saiz 4 cm dan panjang sayap 6 cm!

Sengatannya mampu menyakitkan keluarga tebuan atau haiwan jenis penyengat yang lain.

Tebuan gergasi Asia atau Asian Giant Hornets buat pertama kali telah dikesan di Amerika Syarikat beberapa tahun lepas di Washington.

Ia dikesan selepas pemelihara lebah terjumpa timbunan lebah mati dengan kepala dimakan.

Serangan tebuan ini sebenarnya merupakan antara masalah utama penternak lebah madu di Jepun dan kini ia menyerang negara USA. 

Tebuan ini juga membunuh sekitar 10 hingga 20 orang di negara Jepun pada setiap tahun.

Racun dari tebuan gergasi sangat berbisa dan memerlukan rawatan hospital dengan segera.

Kematian boleh berlaku kerana bisanya boleh mencetuskan anaphylactic shock atau reaksi alahan dan terus menyerang sistem saraf.

Asian Giant Hornets amat berbahaya 30 ekor tebuan ini mampu memusnahkan satu koloni besar lebah yang memiliki 30-40 ribu lebah.

Menurut pakar WSU, tebuan gergasi ini akan menyerang sarang lebah madu, membunuh lebah dewasa dan memakan larva lebah dan mempertahankan koloninya dengan agresif.

Kredit FB Iman Khalisa

ARTIKEL MENARIK

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini