23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Bagaimana Tiang Jambatan Di Dalam Laut Dibina?

Untuk membuat tiang dalam sungai atau laut kita perlu buat coffer dam terlebih dahulu.

Apa itu coffer dam ?

Dam ialah empangan. Jadi coffer dam adalah satu empangan tertutup. Bermakna di sekeliling coffer dam ialah air. Dlm terma kejuruteraan awam, coffer dam adalah temporary structure atau struktur sementara utk menyiapkan satu struktur kekal. Coffer dam dibuat dgn sheet pile.

Apa itu sheet pile?

Sheet pile ialah besi pile yg berbentuk “U”. Sheet pile disambung antara satu sama lain. Utk mengukuhkan sheet pile dlm sesebuah coffer dam kita letakkkan juga i-beam atau M-beam.

Keseluruhan support system dinamakan “strutting”.Kerana kita harus menseimbangkan tekanan air laut dari luar dgn system strutting. Jika tidak, coffer dam akan roboh. Setelah siap coffer dam, air laut dipam keluar.

Maka semua kerja-kerja dilakukan macam di atas darat. Selalunya penghantaran bahan binaan dan jentera dilakukan dgn tugboat atau tongkang.

Utk membuat tiang, kerja-kerja piling atau cerucuk dilakukan terlebih dahulu. Selesai kerja piling maka dibuat pula pilecap di mana tiang akn dibina. Setelah siap tiang, coffer dam akan dibuka. Sbb ia hanyalah satu struktur sementara utk nenyiapkan satu struktur kekal. Jadi sekarang kita faham, rupanya inilah cara nak buat foundation dan tiang jambatan. Diberikan beberapa gambar cofferdam..

SUMBER:Megat Hisemudin Megat Kasim

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini