21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Barbados Threadsnake, Ular Paling Kecil Di Dunia

ukuran badannya adalah lebih kecil dari seekor cacing tanah.

Ular endemik daripada Barbados ini adalah ular terkecil di dunia dan ukuran badannya adalah lebih kecil dari seekor cacing tanah.

Dikenali dengan nama Barbados threadsnake.

Ular ini dalam keluarga Leptotyphlopidae dan dengan nama latin Tetracheilostoma carlae.

Spesies ular ini ditemu buat kali pertama pada tahun 2008 oleh seorang saintis dari Universiti Temple yang bernama Stephen Blair Hedges

Ular kecil tersebut beratnya sekitar 0.6 g(0.02 ons) dan panjangnya pula 10.4 cm (4.13 inci).

Satu fakta menarik ular Barbados threadsnake ialah ia adalah dalam kumpulan binatang buta.

Ular kecil ini kini ia tergolong dalam kategori critically endangered menurut IUCN Red List.

oleh Iman Khalisa

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini