21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Berhenti Cuci Rambut Sejak 40 Tahun, Anggap Rahmat Tuhan

Min nak tanya, dalam seminggu, berapa kali korang shampoo kepala? Seminggu tiga kali or setiap hari?

Mungkin juga ada yang jenis dah terbiasa, bila mandi je, mesti shampoo rambut.

Pendek kata, memang semua orang kebiasaannya akan cuci rambut dalam satu tempoh masa yang tertentu.

Tapi, lain pula dengan kisah seorang lelaki di India ni.

Menurut dirinya, dia dah berhenti cuci rambut semenjak 40 tahun yang lalu!

What?! Biar betul?

Anggap rambut sebagai rahmat Tuhan

Menurut Sakal Dev Tuddu, 63, dia tidak pernah mencuci rambut dreadlock sepanjang enam kaki (182.88 cm) miliknya itu semenjak 40 tahun yang lalu.

Warga emas itu juga berkata, Tuhan yang memberitahunya untuk tidak memotong rambut. Malah, dia juga telah disuruh untuk berhenti minum arak dan merokok.

“Saya mengikat rambut di dalam turban. Secara spontan, rambut saya menjadi dreadlock. Ia adalah rahmat Tuhan,” kata Sakal.

Untuk mengekalkan kebersihan dan menjamin keselesaan diri, Sakal mengikat rambutnya dengan kain putih apabila dia keluar rumah. Jika dia tidak berbuat begitu, memang confirm rambut dia akan ‘sapu’ lantai.

Dapat gelaran Mahatma Ji sebagai tanda hormat

Sakal dikenali di kawasan tempat tinggalnya sebagai seorang healer. Menurut lelaki itu, dia menyediakan home-made treatment untuk mana-mana pasangan yang tidak mempunyai anak.

Dalam masa yang sama, Sakal berkata, ramai orang yang sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dan bergambar dengannya.

Sakal yang pernah bekerja di jabatan perhutanan selama 31 tahun kini tinggal bersama isterinya, Rupiya Devi, tiga orang anak lelaki, tiga orang anak perempuan dan tujuh cucu.

Kata Sakal lagi, isterinya langsung tidak mempunyai masalah dengan rambutnya itu.

Min tabik dengan dedikasi dia. Kalau min, memang dah habis gatal satu kepala.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini