21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Blue Dragon Haiwan Kecil Seakan Naga

Sekali tengok macam lukisan ataupun model mainan kanak-kanak. Tapi sebenarnya Blue Dragon atau nama saintifiknya glaucus atlanticus ini wujud. Ia merupakan haiwan dalam keluarga siput namun tak berkulit, atau slug. Bentuk makhluk ini agak unik dan warnanya adalah gabungan antara biru dan perak membuatkan haiwan ini sangat menarik. 

Saiznyaa agak kecil sebesar duit syiling 20sen. Mereka terapung secara terbalik dengan menggunakan ketegangan permukaan air untuk terapung, dan dibawa oleh angin dan arus lautan. Makanan haiwan ini adalah haiwan laut yang lain dan ia mempunyai sengat yang agak menyakitkan yang digunakan sebagai perisai.

Ianya wujud di serata lautan di seluruh dunia, di perairan sederhana dan tropika, seperti timur dan selatan Afrika, perairan Eropah dan timur pantai Australia serta Mozambique. Pada tahun 2012, Blue Dragon ini dijumpai di Andhra Pradesh di India dan dalam ekosistem Humboldt Current di Peru pada tahun 2013. Paling terbaru ia dijumpai di Bermuda pada Januari 2016.

Kredit: Illuminasi

sumber:Illuminasi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini