23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Conor Mcgregor, Atlet Sukan Terkaya Dunia 2021

Jika tahun-tahun sebelum ini, kita dapat lihat kebanyakan atlet terkaya dunia datangnya daripada sukan bola sepak atau bola keranjang yang sering mendapat tajaan daripada syarikat sukan popular.

Majalah Libur menulis, bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia menjadikan kebanyakan pemain profesional dibayar gaji yang sangat lumayan. Kebanyaknya pemain yang dibayar gaji tinggi dalam sukan bola sepak adalah dari kelab-kelab Eropah.

Begitu juga dengan pemain bola keranjang yang merupakan salah sebuah sukan yang sangat popular di Amerika Syarikat. Kebanyakan pemain bola keranjang di Amerika Syarikat ini dibayar gaji yang mahal dan inisiatif mereka sendiri yang melakukan pelaburan dalam dunia saham yang menjadikan kebanyakan pemain bola keranjang Amerika Syarikat sangat kaya dan berjaya.

Pada tahun ini, majalah Forbes telah menyenaraikan Conor McGregor sebagai atlet sukan terkaya dunia. Apa yang menariknya, Conor McGregor bukanlah atlet berasal dari bola sepak atau bola keranjang sebaliknya dalam sukan MMA (mixed martial arts). 

Sukan ini kurang popular jika dibandingkan dengan sukan lain dan tidak mempunyai banyak penaja.

Sejarah Conor Mcgregor

Conor McGregor merupakan rakyat Ireland yang dilahirkan pada tahun 1988 dan berasal dari golongan pertengahan. Sejak dari kecil lagi beliau tidak berminat dengan dunia akedemik.

Semasa usia remaja, dia banyak menghabiskan masanya dengan bola sepak. Pada ketika inilah dia menemui minat sebenar yang terdapat dalam dirinya itu bertarung dengan orang.

Beliau menyertai sukan tinju di Ireland dan berlatih di bawah Philip Sutcliffe. Bakatnya dikesan apabila berjaya menewaskan lawan dengan mudah.

Ketika berlawan secara amatur, Conor McGregor dibayar sebanyak USD150 semalaman. Di samping bertinju, beliau juga bekerja sebagai tukang paip untuk menampung kehidupan hariannya.

Selepas kejayaan demi kejayaan diperolehi oleh Conor McGregor dalam dunia MMA, beliau secara rasminya telah memasuki dunia UFC. Dalam perlawanan pertama pada tahun 2013, beliau berjaya menewaskan Marcus Brimage dan mendapat USD16,000 di atas kemenangan tersebut dan USD50,000 kerana membuat knock-out.

Tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun gemilang buat Mcgregor apabia berjaya menewaskan peninju MMA terkenal serata dunia.

Di antara perlawanan yang popular sepanjang kariernya sepanjang menjadi peninju MMA adalah pada tahun 2017 di mana beliau telah mencabar peninju popular Floyd Mayweather yang merupakan peninju yang tidak pernah tewas.

Pertarungan di antara dua peninju itu berakhir dengan Conor McGregor tewas di tangan Floyd Mayweather. Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, ianya menarik ramai peminat sukan MMA untuk menonton yang dipercayai bernilai USD100 juta.

Perlawanan yang paling diingati oleh peminat MMA adalah perlawanan Conor McGregor menentang Khabib Nurmagomedov. Sebelum perlawanan ini, kedua-dua peninju ini melakukan pemasaran yang begitu hebat terutamanya Conor McGregor yang telah membuat provokasi melampau.

Pada perlawanan ini Conor McGregor telah tewas di tangan Khabib yang juga merupakan peninju yang tak pernah tewas. Selepas perlawanan tersebut, Conor McGregor sering sahaja tewas dalam pertarungan yang disertainya.

Beliau yang secara rasminya bersara dari dunia MMA pada tahun 2019.

Kejayaan Dalam Dunia Perniagaan

Selepas bersara, Conor McGregor mula fokus kepada perniagaan yang dibangunkannya sejak tahun 2017. Perniagaan yang paling popular diusahakannya adalah penjualan Proper No.12 Irish Whiskey.

Jualan wiski ini berjaya menjadikan McGregor kaya-raya. Pada tahun pertama jualan wiski ini, syarikatnya telah mencatatkan jualan sebanyak USD1 bilion.

Kini Forbes telah menyenaraikan Conor McGregor sebagai atlet terkaya dengan kekayaan yang bernilai sebanyak USD180 juta. Beliau menjadi atlet MMA pertama yang berjaya menjadi atlet terkaya dalam sejarah sukan tersebut.

Beliau juga membuat u-turn pada tahun ini untuk kembali ke gelanggang MMA.

Sumber Rujukan:

Sumber: Majalah Libur

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini