30.4 C
Malaysia
Thursday, December 2, 2021

Disangka Bekerja Berdua, Netizen Terkejut Bila Lihat Belakang Tabir Video ‘Jungle Survival’

Jika anda merupakan salah seorang yang menonton video ‘Jungle Survival’ di YouTube sebelum ini, sudah pasti anda sering tertanya-tanya bagaimana video tersebut sebenarnya dihasilkan.

Walaupun mungkin ramai yang mengagak ianya dihasilkan oleh seorang jurukamera dan dua lelaki yang bekerja membina pondok dan kolam renang sebelum ini, namun sebenarnya ia adalah lebih daripada itu.

Perkara itu mula menjadi buah mulut dalam kalangan netizen minggu ini apabila mereka mula berkongsikan apa yang boleh dikatakan sebagai ‘di belakang tabir’ pasukan yang menghasilkan video tersebut di beberapa platform media sosial.

Berbeza dengan sangkaan orang ramai yang video-video itu dihasilkan kumpulan kecil, gambar-gambar yang dikongsikan di sosial media menunjukkan sebaliknya.

Gambar-gambar itu dipercayai mula dikongsikan selepas terdapat gambar pasukan yang menghasilkan video tersebut bersama pencapaian Gold Play Button daripada YouTube mula tular sebelum ini.

Dibina berkumpulan bukan berdua

Walaupun tiada laporan dan temubual yang dilakukan kumpulan itu, namun gambar-gambar yang menunjukkan mereka sebenarnya adalah kumpulan besar mengejutkan ramai netizen.

Bukan sahaja ramai, malah beberapa gambar yang mula dikongsikan juga memberi bayangan mereka kelihatan seperti menghasilkan binaan itu dengan lebih daripada dua orang.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas dan menceritakan dengan terperinci bagaimana video-video tersebut dihasilkan, namun sudah pastinya ianya adalah sesuatu yang baru untuk kita mengetahui mereka sebenarnya bekerja secara kumpulan yang besar.

Ini kerana jika dilihat dalam video-video mereka yang dimuat naik sebelum ini, binaan-binaan yang dihasilkan kelihatan seperti hanya dilakukan oleh dua orang sahaja. Namun gambar-gambar yang tular ini memberikan kita bayangan sebenar bagaimana ianya dihasilkan.

Jika anda belum pernah menonton video-video yang dihasilkan mereka sebelum ini, anda boleh menontonnya di pautan di bawah.

Sumber: The Vocket

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini