21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Ganti Arwah Bapa, Sering Diejek Rakan, Gadis Ini Tak MaIu Kerja Jadi Badut

Pada waktu rakan – rakan sebayar sedang sibuk belajar atau berhibur bersama kawan – kawan, gadis yang masih bersekolah ini terus keluar mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan hariannya.

Pada setiap hari, dia akan menggayakan kostum badut dan keluar bekerja untuk menghiburkan orang ramai di jalanan. Siapa sangka, rupanya tersimpan kisah sedih di sebalik personaliti yang ceria ini?

Melalui sebuah artikel yang dikongsi @insta_julid, menceritakan kisah gadis ini yang menyambung pekerjaan arw4h bapanya. Setelah bapaknya tiada gadis comel bernama Cindy ini mengenakan kostum peninggalan bapanya untuk meneruskan pekerjaan tersebut yang bermula 7 pagi hingga 12 tengahari.

Gigih cari rezeki untuk ibu dan adik

“Di balik badut yang ceria, ada sosok anak gadis cantik yang selalu semangat tanpa mengenal lelah dan malu. Bapak Cindy sudah meninggal dari dia kecil.

“Cindy akan bekerja sebagai badut menggantikan ibunya yang setiap hari kerja menjahit di rumah. Setiap kali dia bekerja, dia akan ditemani adiknya” tulis individu yang berkongsi kisah nya

“Cindy bekerja sebagai badut menggantikan ibunya yang sehari-hari kerja menjahit di rumah. Setiap kerja, dia ditemani adeknya,” tulis individu yang berkongsi kisah gadis itu.

Seringkali Di Ejek Rakan

Bila ditanya tentang perasaannya ketika bekerja, dia mengakui tidak malu untuk menjadi badut untuk mencari rezeki walaupun sering di ejek rakan – rakannya.

Baginya apa yang penting pekerjaan yang dilakukan adalah halal

Tambahnya lagi, apa yang dilakukannya itu hanya ingin membantu membahagiakan ibu dan adiknya. Cindy menjelaskan sangat menyayangi adik dan ibunya.

Ikhlas membantu keluarga

Lagi menyedihkan, individu yang berkongsi kisah Cindy ini dengan ikhlas membantu dan membeli barangan yang dijual dirinya dan keluar, wanita itu juga ada bertanyakan apa yang diingini gadis itu?

Tanpa berfikir panjang,Cindy menjawab dia hanya memerlukan beras dan buku tulis untuk adiknya serta dirinya. Mendengar jawapan Cindy terbabit, ramai yang tersentuh melihat ketulusan hati gadis itu.

Kisah perjuangan gadis remaja yang sanggup bekerja keras demi membantu keluarga tersebut telah berjaya menyentuh hati netizen.

Bahkan, ramai yang meluahkan rasa kagum terhadap sifat bertanggungjawab yang dimiliki oleh Cindy.

Sumber: Instagram @insta_julid via BorakDaily.Com

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini