21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Ibu Menangis Terharu Dapat Hadiah Gelang Emas Undang Sebak Netizen

Saat kita dilahirkan, ibu dan ayah merupakan orang pertama yang bergembira dengan kelahiran kita.

Pahala yang melimpah ruah membuatkan ramai anak tidak kisah untuk berhabis duit dengan cara memberikan hadiah istimewa kepada kedua-dua orang tua mereka, sama seperti kisah seorang wanita ini.

Baru-baru ini, wanita bernama Fathin Amira ada berkongsi video di aplikasi TikTok menunjukkan dirinya dan suami berkunjung ke sebuah kedai emas untuk membeli seutas rantai baru buat ibu tersayang.

Menurutnya, niat murni itu telah lama disimpan kerana masih belum ada rezeki namun akhirnya tertunai juga.

Sebaik si ibu melihat kotak yang berisi barang kemas berkenaan, dia terus terkedu dan secara serta-merta mendakap anak lelakinya dengan penuh erat.

Malah, tangisannya juga kedengaran semakin kuat sewaktu anaknya merungkai rantai tersebut yang sudah berpintal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat reaksi warga emas itu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan kedua-dua suami isteri agar terus dimurahkan rezeki.

Sumber: TikTok @myraedora15

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini