23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Info Ringkas Black Seadevil Spesis Ikan Laut Dalam

Ikan pelik ini pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut lain.

Sepsis ikan ‘ Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik.

Oleh kerana ikan ini sangat jarang ditemui ia menimbulkan keraguan kewujudan spesies ini.

Ikan pelik ini pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut lain.

Ikan ini mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut.

Ikan ini juga mengeluarkan cahaya dari atas kepalanya bagi menarik perhatian mangsanya. 

Malah, ikan ini akan menangkap mangsanya dengan menikam menggunakan sebatang sengat tajam yang keluar daripada kepalanya. 

Sengat itu mirip seperti mata kail.

Lazimnya, ikan pelik ini makan ikan-ikan lain yang lebih kecil dan juga sotong dengan cara menyambar menggunakan gigi yang tajam.

Ikan Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus.

Ikan pelik ini pernah menjadi watak dalam filem animasi Finding Nemo pada tahun 2003.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini