23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Juruterbang Ini Ceritakan Saat Tak Boleh Dilupakan Bila Fly Dengan Pasukan Barcelona

Di dunia ini antara pekerjaan yang boleh dikatakan agak seronok ialah menjadi seorang juruterbang, ini kerana, seorang juruterbang sememangnya kita tau akan membuat penerbangan dari satu tempat ke tempat lain, yang melibatkan negara ke negara.

Dan setiap pekerjaaan pasti ada kenangan manis, hal ini dikongsi oleh seorang juruterbang Malaysia Airlines di tiktok tentang kenangan manisnya yang tidak dapat dilupakan. Hampir 15 tahun bergelar sebagai juruterbang, banyak kenangan suka-duka yang sudah dilalui oleh anak jati Negeri Sembilan ini.

Khairus Ambia Putra, 36, kini turut menggunakan platform TikTok untuk berkongsi pengalaman termasuk menjawab soalan-soalan netizen mengenai dunia penerbangan.

Antara video yang mencuri tumpuan tentunya apabila dia membuat throwback kisah menerbangkan barisan pemain kelab bola sepak Barcelona selepas final Fifa Club World Cup pada tahun 2015.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Khairus menyifatkan peluang keemasan itu sebagai ‘rezeki’ yang tidak disangka-sangka buat dirinya.

“Saya terbangkan mereka dari Tokyo ke Barcelona. Memang teruja, tapi pada masa sama kena kekalkan sikap profesional.

“Saya ingat lagi ketika office hubungi, mereka maklumkan saya kena terbangkan pasukan Barcelona. Dalam ramai-ramai, saya yang dihubungi. Saya anggap sebagai rezeki.

“Saya pun memang minat Barcelona, tapi bukanlah peminat hardcore. Pada waktu itu, ada empat juruterbang, kami bergilir-gilir sepanjang kira-kira 14 jam perjalanan,” ujarnya.

Imbas Khairus lagi, dia seakan-akan sukar percaya ketika pertama kali melihat figura-figura besar dunia bola sepak itu ketika mereka sedang menunggu sebelum dibawa masuk ke pesawat.

Malah, dia juga sempat mencuri peluang untuk merakam swafoto bersama Lionel Messi dan Neymar pada waktu itu.

“Ketika mula-mula sampai ke boarding room, mereka sedang menunggu untuk masuk ke pesawat. Saya nampak ramai wartawan semua. Memang teruja, tapi pada masa sama kena kekalkan sikap profesional,” kata Khairus.

“Kemudian saya tengok pemain-pemain Barcelona depan mata. Saya control macho, tapi dalam hati memang teruja. Rasa macam mimpi.

“Saya target nak ambil gambar dengan dua orang saja iaitu Messi dan Neymar. Saya dapat peluang itu dan sempat juga bergambar dengan ayah Messi. Saya pun tak nak ganggu mereka, tapi rasa menyesal pula, patut ambil gambar dengan semua orang,” ujarnya berseloroh.

Khairus turut berkongsi video kenangan bersama pasukan Barcelona ke aplikasi TikTok yang mana ia sehingga kini meraih lebih 60,000 tontonan.

Ujarnya lagi, dia yang baru menyertai TikTok pada tahun ini tidak menyangka content yang dikongsi olehnya akan meraih perhatian ramai.

Bercerita mengenai dirinya, Khairus yang menetap di Bangi, Selangor mendedahkan impiannya dalam bidang itu bermula ketika di sekolah menengah.

Tonton Video Penuh Di TikTok

“Ketika sekolah menengah, ada senior-senior datang dan bercerita mengenai kerjaya masing-masing. Salah seorang daripada mereka cerita mengenai kerjaya sebagai pilot.

“Dari situ saya rasa seronok, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus memohon untuk ke sekolah penerbangan,” imbasnya.

Kata Khairus, minat sahaja pastinya tidak cukup, sebaliknya ia harus disulam dengan disiplin agar cita-cita dan impian dapat digapai.

Nasihatnya kepada anak muda yang bercita-cita menjadi juruterbang, sikap juga harus dijaga kerana bidang itu tidaklah semudah yang disangka.

“Kena ada minat. Yang masuk semuanya memang minat, tapi kena ada disiplin. Kalau ada minat tapi tiada disiplin, tak guna juga.

Attitude kena betul, jangan ponteng kelas dan sebagainya. Kita kena berjuang sehingga dapat habiskan pengajian,” ujarnya lagi.

Sumber: Mstar

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini