23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kasut Nike Kanye West Termahal Dunia RM7.38 Juta

Sepasang kasut prototaip Nike dipakai penyanyi rap, Kanye West ketika membuat persembahan di Anugerah Grammy 2008, menjadi kasut sniker termahal dunia apabila dijual dengan harga $1.8 juta (RM7.38 juta).

Seperti yang kita tahu, sejak kebelakangan ini harga kasut sneakers melonjak naik, ada beberapa faktor yang menyebabkan sepasang kasut ini dijual pada harga ribuan ringgit malah ada juga yang hinga sampai jutaan ringgit. Ia bergantung pada tahap kesukaran untuk diperoleh dan sejarah kasut tersebut

Baru – baru ini seperti dinyatakan di dalam Free Malaysian Today, Sepasang kasut prototaip Nike dipakai penyanyi rap, Kanye West ketika membuat persembahan di Anugerah Grammy 2008, menjadi kasut sniker termahal dunia apabila dijual dengan harga $1.8 juta (RM7.38 juta).

Kasut prototaip Nike Air Yeezy itu adalah rangkaian kasut yang dibangunkan oleh West dan Mark Smith untuk Nike.

Kasut prototaip Nike Air Yeezy itu adalah rangkaian kasut yang dibangunkan oleh West dan Mark Smith untuk Nike. Sumber BBC.COM
Kasut prototaip Nike Air Yeezy itu adalah rangkaian kasut yang dibangunkan oleh West dan Mark Smith untuk Nike. Sumber BBC.COM

Ia didedahkan kali pertama ketika West mempersembahkan lagu ‘Hey Mama’ dan ‘Stronger’ pada anugerah itu sekali gus mencetuskan kegilaan peminat kasut sniker di media sosial.

Menurut syarikat lelongan Sotheby’s, pembeli kasut itu adalah platform kasut sniker dikenali sebagai RARES yang membuat transaksi pembelian paling tinggi pernah direkodkan untuk Nike Air Yeezy terbabit.

ARTIKEL TERKINI

Ia dijual oleh seorang pengumpul dari New York, Ryan Chang.

RARES adalah peneraju sebagai platform yang mempunyai pemilikan pecahan yang membolehkan penggunanya melabur dalam kasut sniker dengan membeli dan memperdagangkan saham di dalamnya.

Jualan persendirian itu memecahkan rekod terkini lelongan kasut sniker melepasi $560,000 (RM2.3 juta) yang pernah dicatat Sotheby’s pada Mei tahun lalu menerusi sepasang kasut Air Jordan 1’s 1985 yang direka dan dipakai pemain bola keranjang, Michael Jordan.

West menamatkan kerjasamanya dengan Nike pada 2013 dan membawa jenama Yeezy ke Adidas yang kemudiannya menghasilkan jualan keseluruhan bernilai $1.7 bilion (RM6.9 bilion) pada tahun lalu, kata Forbes.

“Matlamat kami dalam membeli kasut ikonik dan simbol sejarah ini adalah untuk meningkatkan akses dan memperkasakan komuniti yang mencetuskan budaya kasut sniker.

“Pada masa sama, ia dapat dilakukan untuk memperolehi kebebasan kewangan menerusi platform RARES,” kata pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif RARES, Gerome Sapp.

Sementara itu, jurucakap Sotheby’s, Brahm Wachter berkata, jualan tinggi itu menggambarkan legasi West sebagai salah seorang daripada pereka baju dan kasut sniker berpengaruh sepanjang zaman.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini