23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kenali Burung Helang Harpy, Burung Helang Terbesar Dunia

Helang Harpy lebih suka melepak di hutan hujan tropika dataran rendah. Spesies burung helang yang besar ini memerlukan pokok-pokok besar dan wilayah-wilayah luas agar jumlahnya berkembang.

Burung Helang Harpy adaah antra burung helang yang terbesar di dunia.

Helang Harpy biasanya ditemui di kawasan hutan dari Mexico melalui Amerika Tengah sehingga ke utara Argentina di Amerika Selatan.

Helang Harpy lebih suka melepak di hutan hujan tropika dataran rendah. Spesies burung helang yang besar ini memerlukan pokok-pokok besar dan kawasan yang luas.

Helang Harpy membina sarangnya tinggi di atas pokok-pokok tertinggi di hutan. Cara burung ini membuat sarang dengan menggunakan beratus – ratus kayu dan ranting serta tumbuh tumbuhan dan bulu haiwan. Sarangnya akan dibina cukup besar kerana saiznya yang agak besar.

Dari segi pemakanan pula, helang Harphy biasanya memakan haiwan yang tinggal di atas pokok seperti monyet, sloth, iguana atau ular. Yang menariknya, helang jantan akan mencari haiwan yang kecil manakala haiwan betina akan mencari makanan yang lebih besar. Ini bagi memastikan kedua duanya mempunyai makanan yang mencukupi secara berterusan

Apabila memburu, haiwan ini akan membawa mangsa dan memakannya dahulu sebelum di bawa ke sarang.

ARTIKEL TERKINI

sumber:Illuminasi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini