21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kenali Masjid Terbesar Di Dunia Pada Abad Ke-9

Satu masa dahulu, Masjid Agung Samarra merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid ini ialah masjid abad ke-9 di Samarra, Iraq.

Pembinaan masjid ini dimulakan dalam tahun 848 M dan diselesai tahun 851 oleh khalifah Abbasiyah, Al-Mutawakkil, yang memerintah di Samarra dari tahun 847 sehingga tahun 861.

Menariknya masjid ini adalah pada menaranya, Menara Malwiyah, sebuah kon berpusar yang besar berukuran 52 meter tinggi dan 33 meter lebar, dengan dilengkapi tanjakan berpusar.

Pemerintahan al-Mutawakkil memberi impak besar tehadap kota Samarra, meminati seni bina, dan beliaulah yang bertanggung jawab dengan pembinaan Masjid Agung Samarra.

Senarai projek-projek pembinaannya, disebut Masjid Jamek baharu dengan 20 istana, yang menelan belanja antara 250- 300 juta dirham.

Masjid mempunyai 17 lorong, dan dindingnya disalut dengan mozek kaca berwarna biru tua.

Seni dan seni bina adalah ukiran stuko dalam masjid berbentuk bunga dan bentuk geometri.

Masjid Ibn Tulun di Kaherah, Mesir menyerupai Masjid Agung Samarra dalam banyak perkara.

Masjid ini musnah dalam tahun 1278 M (656 H) selepas serangan Hulagu Khan terhadap Baghdad dan apa yang tinggal kini hanya lah dinding luar dan menaranya yang kekal kini.

FB Iman Khalisa

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini