21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kenali Syahmi Sazli, Bintang Youtuber Malaysia

Kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet akhirnya membawa selebriti YouTube, Syahmi Sazli meraih pendapatan lumayan menerusi laman streaming video popular itu. 

Illuminasi menulis, Penampilannya bersama remaja istimewa, Asif dan Yoe Parey menerusi drama pendek di saluran berkenaan berjaya mencetuskan fenomena dalam tempoh masa yang singkat. 

Apa video sekalipun yang dikongsi Syahmi kepada para pengikutnya pasti akan menjadi trending dan mencatatkan jutaan tontonan. 

Namun siapakah sebenarnya pemuda yang baru sahaja berusia 24 tahun ini? Berikut Iluminasi kongsikan butiran biodatanya. 

Biodata Syahmi Sazli 

1. Nama penuhnya, Muhammad Syahmi bin Sazli. Dikenali sebagai Syahmi Sazli.

2. Lahir pada 23 Mac 1995. 

3. Berusia 26 tahun.

4. Berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan.

5. Mendapat pendidikan di Sultan Ismail College (Maktab Sultan Ismail), Kota Bharu. 

6. Berkelulusan diploma dalam jurusan Electrical Engineering daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Dungun, Terengganu, sebelum menyambung pengajian ijazah di UiTM Shah Alam, Selangor. 

7. Mendirikan rumah tangga dengan Anissa Faizul dan sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019. 

8. Bergiat sebagai Youtuber kerana minat yang mendalam terhadap dunia videografi dan gajet. 

8. Penyokong atau Peminat setia pasukan Liverpool

Biodata Ringkas Yoe Parey dan Asif 

  • Merupakan rakan gandingan Syahmi dalam ‘drama spontan’. 
  • Nama sebenar Asif ialah Muhamad Asif bin Suhaimi, manakala Yoe Parey pula, Muhd Ashrul Hakim Lukman. 
  • Asif yang berusia 17 tahun berasal dari Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu dan merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.
  • Yoe turut menyara kehidupannya sebagai peniaga pisang goreng di gerai yang diusahakan bersama abangnya. 
  • Yoe merupakan peminat nombor satu aktres Bella Astillah.

sumber: Illuminasi

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini