21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kenapa Sawfish Dilabel Ikan Fosil Yang Hidup

Sawfish mempunyai sejarah lebih 56 juta tahun dan digambarkan sebagai “ikan fosil yg hidup".

Sawfish atau ikan gergaji, nama saintifiknya Pristiformes mempunyai bentuk seakan-akan ikan jerung tapi dengan sirip yang lebih kecil.

Mudah dikenali dengan muncung yg bergerigi berukuran sehingga 1.8 meter (6 kaki) panjang.

Ikan sawfish boleh berada di perairan air tawar dan juga di air masin. Ikan ini boleh mencapai ukuran sehingga 7 meter panjang.

Muncung bergerigi digunakan untuk memburu ikan dan juga untuk menapis pasir di bawah air untuk mencari makanan. Muncung yg bergerigi dapat memotong mangsanya seperti pedang.

Sawfish bukan tergolong dalam spesies ikan jerung. Sawfish sebenarnya spesies ikan pari.

Walaupun mempunyai muncung bergerigi tapi ia tidak mampu mempertahankannya daripada pemangsa lain seperti buaya dan ikan jerung.

Ikan ini tak berbahaya kepada manusia, tetapi boleh menyebabkan kecederaan serius apabila terkena muncungnya yang seperti gergaji.

Sawfish mempunyai sejarah lebih 56 juta tahun dan digambarkan sebagai “ikan fosil yg hidup”.

Kesemua tujuh spesies sawfish disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN.

Oleh: FB Iman Khalisa

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini