31.4 C
Malaysia
Thursday, December 2, 2021

Keunikan Kucing Hutan Norway

Kucing Hutan Norway adalah baka zaman purba berasal dari Norway lebih daripada 500 tahun dan ada yang percaya bahawa kucing ini mungkin berusia lebih daripada 2000 tahun.

Kucing ini juga dipanggil sebagai Wegie, Norskogkatt, Skogkatt atau Norskskaukatt.

Kucing ini dipercayai mungkin berasal daripada kucing Turki berbulu panjang, kerana beberapa maharaja Byzantine mempunyai pengawal yang dikatakan berasal daripada Skandinavia.

Semenjak itu, kucing-kucing ini telah dipelihara sebagai haiwan ladang atau haiwan dipelihara.

Cat Fancy Association of Norway bermula pada tahun 1934 dan Skogkatt hanya dianggap sebagai baka istimewa setelah tahun 1938.

Pada tahun 1975, penternak kucing Norway telah menubuhkan Norsk Skogkattring – The Norwegian Forest Cat Club sebagai usaha untuk memelihara baka ini dan pada tahun 1976, baka ini mendapat pengiktirafan rasmi.

Corak kucing Skogkatts biasanya adalah corak berbelang-belang dan juga berbulu panjang.

Walaupun baka ini dianggap ‘tahan lasak’ ia turut memiliki sisi yang lebih lembut yang gemar bermain, lincah dan penyayang.

oleh Iman Khalisa


ARTIKEL MENARIK

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini