23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

‘Killer Whale’ Sebenarnya Bukan Spesis Paus

Orca adalah ikan lumba-lumba yang terbesar dan mungkin kerana ukurannya yang agak besar

Ramai memanggil ikan ini killer whales, tetapi sebenarnya ikan ini bukannya ikan paus tetapi dalam kumpulan keluarga ikan lumba-lumba.

Orca adalah ikan lumba-lumba yang terbesar dan mungkin kerana ukurannya yang agak besar, maka mamalia ini disebut sebagai paus.Paus pembunuh terbesar pernah direkodkan sepanjang 9.8 meter, sepanjang sebuah bas sebagai perbandingan.

Beratnya sekitar 11 ton atau 9.979 kilogram atau seberat gajah Afrika.Untuk pengetahuan kebanyakan haiwan masih mampu membiak sehingga mereka mati tetapi berbeza dengan segelintir haiwan mamalia.

Apabila Orca mengalami proses menopaus, ia tidak lagi membiak pada tahap umur tertentu. Orca berada di mana-mana bahagian lautan di bumi, di perairan sejuk beku atau yang hangat.

Biasanya, Orca memiliki panjang antara 4 ke 5 meter dan berat 3 ke 6 ton. Masa lahir, panjang 1 ke 3 meter dan berat sekitar 200 ke 400 kg.Tidak hairanlah jika paus pembunuh menjadi antara predator yang paling terbesar di dunia.

Orca boleh hidup lebih daripada 90 tahun dan betina hidup lebih lama daripada jantan. Ikan ini sering mati kerana usia tua atau sakit.

ARTIKEL MENARIK

Sumber: FB Iman Kalisha

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini