23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

“King Of Crocodile” Lelaki Ini Kantoi Dating Lebih 6 Wanita

Selama tujuh tahun meletakkan kepercayaan dalam menjalin hubungan cinta, namun siapa sangka teman lelaki tergamak berlaku curang dengan ramai wanita lain.

Oh my media menulis, Itu kekecewaan dihadapi seorang gadis apabila mendapat tahu mengenai perangai ‘buaya’ kekasihnya sebelum membuat pendedahan tangkap layar di laman Instagram.

Posting pendedahan tersebut dikongsi semula seorang pengguna laman Twitter, @fiihazmii berikutan gadis itu telah menetapkan akaun Instagram miliknya ke mod privasi.

Punca perempuan susah nak percayakan lelaki lagi!

Bercerita lanjut, gadis tersebut pada mulanya meminjam telefon bimbit lelaki itu bagi merakam tugasan video sebelum ternampak satu aplikasi ‘simpanan rahsia’ sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya.

“Rabu lalu, pinjam telefon bisnes dia sebab aku punya dah tak cukup ruang. Rasa tak sedap hati, terlebih fikir biasa la orang perempuan kan.
“Pastu aku nampak satu aplikasi, rasa struggle nak tahu semua benda. Aku buat satu persatu, forgot password tu then ini lah aku jumpa,” katanya.

Tangkap layar berdurasi seminit itu memaparkan koleksi foto kekasihnya dipercayai bersama beberapa wanita berbeza yang dilihat penuh kemesraaan antara satu sama lain.

Terkejut melihat koleksi berkenaan, gadis itu hilang kata-kata dan menganggap tempoh perkenalan mereka selama tujuh tahun tersebut adalah sia-sia dan membuang masa.

“Aku terkejut, rebah, lelah, hancur hati aku tengok semua benda. Sedihnya dah susah senang sama-sama, keluarga masing-masing dah kenal.
“Pengajaran untuk orang di luar sana, jauhilah lelaki panas baran dan suka marah-marah. Sia-sia selama tujuh tahun kenal, macam ni hasilnya,” luahnya.

Pendedahan itu menerima pelbagai reaksi warganet yang turut terkejut dan simpati dengan nasib gadis tersebut selain menyifatkan kekasihnya adalah ‘buaya sebenar’ yang mampu menjalin banyak hubungan dalam satu masa.

Memang ‘King of Crocodile’

Modal dia pakai kereta Honda ke?

Lebih dari 10 perempuan kot?

Dah la semua cantik2

Memang dahsyat, tertanya-tanya juga macam mana lelaki tu bahagikan masa & simpan semua rahsia? Moga gadis tersebut dapat membuat keputusan dengan sebaiknya!

sumber: Ohmymedia

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini