21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kisah “Barkoba” Di ‘Kencing’ RM 1 Ribu, Ingatkan Pelakon Senior

AKIBAT berasa kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri, Bell Ngasri akhirnya terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 tanpa berfikir panjang dengan niat membantu Mubarak yang dikatakan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ye betul saya terkena, masa tu sayaWhatsApp dengan dia panjang lebar sebab nak tahu cerita sebenar.

“Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP. Katanya dia nak bayar balik esok… sekarang saya baru sedar dah kena kencing (tipu).

“Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat jobbersama.

Paparan skrin perbualan Bell dengan scammer tersebut.

“Pada awalnya saya transfer RM1,000… kemudian orang tu minta lagi tapi saya tak sempat transfer saya cakap saya akan ke bank. Dia nak RM2,100 semua sekali,” katanya kepada mStar.

Ujar Bell, selang beberapa jam membuat transaksi berkenaan dia menerima pesanan daripada rakan artis lain yang hampir terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Bell, pada awalnya dia berasa hairan apabila individu berkenaan meminta dia melakukan pemindahan atas nama seorang lelaki tidak dikenali, namun scammer itu memaklumkan akaun tersebut adalah milik rakannya.

“Masa saya transfer saya memang checknama pemegang akaun tu nama orang India. Abang Mubarak (scammer) kata tu akaun kawan dia sebab akaun dia kena sekat.

“Saya bagi je la, lepas tu kecoh dekat dalam group yang kawan-kawan lain pun terima pesanan WhatsApp yang sama,” ujarnya.

Selain Bell Ngasri, pelakon lain seperti Liza Abdullah, Lan Zailan dan Nadia Kasuma juga hampir diperdaya scammer terbabit.o

Pelakon filem 18 Puasa ini berkata, dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tidak mudah percaya kepada mana-mana individu terutamanya melibatkan soal wang ringgit.

“Saya ambil ni sebagai pengajaran, sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan. Saya akan buat laporan polis untuk pastikan orang ni diambil tindakan.

“Macam-macam penipuan boleh berlaku sekarang ni, ini benda yang baru dengan helah menggunakan data peribadi kawan kita sendiri,” ujarnya.
Mubarak Majid membuat laporan polis pada Rabu.

Terdahulu, aplikasi Whatsapps pelakon Mubarak Majid telah digodam oleh seorang lelaki dan digunakan untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.Mubarak telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Gombak kira-kira pukul 5 petang, Rabu.

sumber: mstar

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini