23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Kisah Benar Bapa Kandung TerIanjur Hingga Mengandungkan Anak Perempuan

Tugas seorang ayah ilah melindungi anak, tetapi lain pula terjadi pada kisah yang dikongsi di Nur Fatihah Azahra.

Jom Kita Baca:

Arkib PKP 1.0

Bapa kandung terlanjur hingga meng4ndungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada Peguam.

(Bapa dan Ibu berusia 40an,anak perempuan berusia 20an).

Ibu kandung kata takpa, kah.winIah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah. Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘peng0rbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nlkahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk M4hkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Dunia makin membimbangkan.
Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan,
Pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa? Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Bermaksud : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi : 46)

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Sumbang mahram.
Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021.❤️

Peguam Syarie : Wali Azri & Associates

sila Baca Dalil Ini:

ENAKMEN 3 TAHUN 2005
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2005

BAHAGIAN II – PERKAHWINAN


Seksyen 9. Pertalian yang melarang perkahwinan

(1) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan—

(2) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan

(3) Tiada seseorang lelaki atau perempuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungan itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

(4) Tiada seseorang lelaki boleh mempunyai lebih dari satu isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau sesusuan yang mana perkahwinan antara mereka tidak sah mengikut Hukum Syarak.

sumber: Facebook Nur Fatihah Azzahra

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini