21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Lelaki 38 Isteri Dan 89 Anak MeninggaI Dunia

New Delhi: Lelaki di negeri di timur laut India yang dipercayai ketua kepada keluarga terbesar dunia dengan 38 isteri dan 89 anak, men1nggaI dunia pada Ahad.

Menurut Agensi Anadolu, Ketua Menteri Zoramthanga menerusi Twitter mengumumkan kematian Ziona Chana, 76.

Lelaki itu adalah penduduk kampung Baktawng Tlangnuam.

“Dengan sedihnya #Mizoram mengucapkan selamat t1nggal kepada Mr Zion, dipercayai sebagai ketua keluarga terbesar dunia dengan 38 isteri dan 89 anak,” katanya.

Zoramthanga juga berkata, Mizoram dan Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancongan popular disebabkan oleh keluarga berkenaan.

Chana adalah ketua kepada kumpulan agama dikenali Chana Pawl, diasaskan oleh bapanya pada 1952, yang membenarkan poligami.

Menurut pegawai rasmi, Chana, yang mempunyai ramai cucu, men1ngga1 dunia pada tengah hari Ahad.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini