23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Luahan Dinding, Di Tapak Penjara Pudu

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara telah mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892. Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negeri koloni British. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja berjumlah RM 15,360.90 (harga pada tahun 1800an).

Baru – baru ini terdapat individu yang pergi ke sana dan melihat peninggalan di dalam penjara tersebut, berikut adalah penulisan yang di kongsi di media sosial:

Sebelum Pudu Jail dirobohkan, sempat juga 2 3 kali aku curi-curi masuk dalam melihat sisa-sisa isi dalamnya. Ada juga masuk sebab kawan minta bawa. Dulu masuk sebab suka-suka, ambil gambar pon suka-suka; takat apa yang ada saja. Sekarang bila dah takda, menyesal tu ada, kalau gambar tu diambil betul-betul, ‘harga’ dia mahal, story dia mahal.

Aku paling tertarik melihat seni-seni pada dinding penjara. Ada yang melukis, ada yang buat kalerdar- menghitung hari, ada menulis puisi – meluah isi hati, dan ada juga sekadar menampal gambar-gambar ‘modal’ utk mereka berfantasi. 

Tapi biar apa pon yang ‘ada’ pada dinding2 tu, yang jelasnya segala jenis ‘seni’ yang dihamparkan tu menunjukkan luahan apa yang terbuku. Kawan aku kata “jiwang juga penjenayah ni ya”. Bagi aku tak, bukan jiwang, tapi mereka menulis perasaan mereka yang paling ikhlas (ketika tu). 

Antara luahan mereka : 

“dikamar ku menyepi seorang diri”

“Tolonglah aku” “Selamat Hari Raya” “Bagai nak gila kepala ddalam penjara”

“Karna cita2 akhirnya aku terdampar di sini. Merengkok aku disini dalam ketandusan akal, batin, dan segalanya. Semoga masih ada sirna untukku bagi menyuluhi hari depanku. AMin”

“SAYANG, BUKAN NIAT KITA UNTUK BERPISAH, TETAPI SUDAH TAKDIRNYA BEGITU. PERCAYALAH AKU TETEAP SEPERTI DAHULU. SAYANG BETAPA SIKSANYA AKU DI DALAM NERAKA INI. TABAHKANLAH HATIMU, AKU AKAN KEMBALI KE PANGKUAN KU.”

“karena ringgit aku jadi begini”

Ada byk lagi, tapi gambar tak berapa jadi. AMbil gambar pon laju-laju saja sebab gelap dan takut. Aku tak menggeledah semua sel. Ada beberapa saja di floor bawah, banyak sel yang dah dicat dindingnya, tutup segala seni si banduan. Nak berjalan pusing kawasan penjara aku berani lagi, tapi nak menggeledah, masuk sel satu persatu ni hati aku tak cukup kering. Yang beberapa ni saja pon rasa dia lain mcm, meremang. Mungkin sebab aku penakut, kalau pemberani mungkin rasanya biasa saja.

Sekarang penjara pon dah takda, yang ada cuma gambar dan cerita-cerita saja. Kapitalis ni buta, nilai pudu jail, nilai cerita2 pudu jail, nilai pengajaran dari pudu jail ni lagi mahal dari harga semasa tanah tapak pudu jail tu sendiri…

Amacam seram tak? Min seram baca apa yang dilukis di dinding ini.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini