21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Lubang Besar Di Mexico Jadi Tanda Tanya

Apabila keluarga Heriberto Sanchez mendengar dentuman kuat pada Sabtu lalu mereka pada mulanya menyangka ia bunyi guruh.

BANDAR RAYA MEXICO – Sebuah lubang besar menjadi semakin luas pada setiap hari sekali gus mencemaskan penduduk  sebuah kawasan pedalaman di tengah Mexico di mana tanah jerlus itu berisiko ‘menelan sebuah rumah’.

Menurut laporan Kosmo!, Apabila keluarga Heriberto Sanchez mendengar dentuman kuat pada Sabtu lalu mereka pada mulanya menyangka ia bunyi guruh.

Bagaimanapun, keluarga tersebut kemudian mendapati tanah pada jarak beberapa meter dari rumah mereka telah runtuh. Kejadian berlaku di sebuah padang di Santa Maria Zacatepec, negeri Puebla.

Lubang itu yang dipenuhi air,  mempunyai lebar kira-kira 30 meter menjelang Ahad lalu.

Sumber: Kompas

Lebarnya membesar kepada  60 meter kelmarin dan sekitar 80 meter semalam, kata pihak berkuasa. Tanah jerlus itu semakin menghampiri  rumah keluarga Sanchez. Lelaki itu berkata, dia bimbang mereka akan hilang tempat tinggal.

“Kami tidak mempunyai harta lain. Kami bukan berasal dari sini. Kami tiada saudara-mara. Kami tinggal bersendirian,” kata Sanchez yang berasal dari negeri Veracruz kepada media tempatan. – AFP

sumber:Kosmo!

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini