23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

‘Menangis melihat anak-anak ini’ Ebit Lew Tubuh Rumah Kasih Di Gaza

Pendakwah bebas, Ebit Lew menubuhkan Rumah Kasih Umat di Gaza, Palestin untuk dijadikan tempat tinggal dan aktiviti bagi anak-anak yatim.

Malaysiakini menulis, Bagi tujuan itu, Ebit menyewa dua buah rumah yang sehingga kini telah menempatkan 10 anak-anak yatim.

“Menangis melihat anak-anak ini. Kecil lagi setiap hari hidup dengan peperangan. Saya tidur malam di sini terfikir risau juga.

“Inikan pula anak-anak ini sepanjang hidup diuji begini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Ebit yang tiba di Gaza semalam turut memaklumkan dia dan pasukannya menziarah seorang ibu tunggal bersama tujuh anak kecil termasuk bayi.

Menurutnya, suami wanita itu syahid baru-baru ini akibat serangan bom.

“Masa mula sampai semua sedih saja. Saya tengok anak kecil ini hati jadi tak tahan nak menangis.

“Saya dah sebulan belum jumpa anak isteri dan keluarga dah terasa sayu. Inikan pula anak kecil ini kehilangan ayah mereka. Tapi masih boleh tersenyum.

“Seronok bila bawa hadiah. Terus semua senyum. Sempat bermain-main terbang dengan anak-anak ini,” katanya lagi.

Ebit juga turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Luar, Hishammuddin Hussein dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya menjayakan misi itu.

Lihat Video Di sini: https://dai.ly/x82bkaj

Sumber: Malaysiakini

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini