21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Paus Mangsa Libasan Kipas Kapal Yang Masih Hidup

Ikan paus ini dikenali sebagai ‘Bladerunner’ kerana kesan bekas luka sedalam 20-30 cm di sepanjang atas badan kiri dan ekor kanannya.

Ia adalah kesan daripada libasan kipas kapal laut yang tajam dan laju terhadap badannya.

Ikan paus ini ditemui buat pertama kalinya oleh dua orang penyelidik ikan paus yang bernama Ros Butt dan Gordon Butt pada tahun 2008.

Bladerunner dipercayai mengalami kecederaan di Sydney pada tahun 2001. Terdapat sekitar 15 parut luka di sisi badan ikan paus tersebut.

Bekas luka yang unik itu menjadikannya sangat dikenali di kalangan komuniti pemerhati dan penyelidikan ikan paus. Dilihat di Eden pada tahun 2008 dan dua kali pada tahun 2013.

Dan sekali lagi dilihat pada Januari 2014 oleh Micheline Jenner di perairan sejuk Antartika.

Tahun lepas ikan paus ini muncul di perairan Tasmanian, bersama sekumpulan paus lain.

ARTIKEL TERKINI

Sumber: FB Iman Khalisa

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini