21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Kongsi Gambar Hari Pertama Persekolahan Baginda Yang Comel

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berkongsi gambar baginda pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) St Thomas pada tahun 2002.

Menurut laporan Pahang Media, Turut kelihatan di dalam gambar yang dikongsi oleh baginda di dalam laman Instagram ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

KDYMM Pemangku Raja Pahang bertitah, sekolah berkenaan adalah tempat baginda belajar membaca, menulis dan mengira.

“Di sinilah juga, saya belajar bahawa pencapaian datang dalam pelbagai bentuk, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang tersendiri.

“Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru sahaja mendapat keputusan SPM,” titah baginda.

Baginda bertitah lagi, walaupun apa sahaja keputusan yang diperolehi, majulah kehadapan dan merintangi segala cabaran.

“Dalam kegagalan, ada sinar untuk memperbaiki diri, dalam kejayaan, ada ruang untuk menjadi lebih baik.

“Anda tidak bersendirian, khidmat nasihat dan bantuan sentiasa bersama dalam keluarga dan rakan-rakan. Orang yang segan selalu rugi. Jangan malu untuk meminta pertolongan dan nasihat.

“Jangan putus asa untuk mencuba, inilah permualaan untuk anda semua. Langkah ke hadapan mengejar impian dengan semangat yang baru,” titah baginda

Sumber: Pahang Media

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini