24.4 C
Malaysia
Friday, December 3, 2021

Pemuda Jual Tong Gas Demi Kelangsungan Hidup Ibu Dan Ayahnya

Baru-baru ini, seorang wanita yang sedang berniaga di kedai didatangi oleh seorang pemuda yang membawa tong gas untuk dijual.

Gelagat pemuda itu sudah tentu membuatkan ramai berasa pelik kerana situasi tersebut jarang berlaku, lebih-lebih lagi pemuda berkenaan dilihat seperti sedang ‘susah hati’.

Namun, siapa sangka rupa-rupanya tersembunyi kisah sedih di sebalik perbuatannya itu.

Segan nak kongsi masalah

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @rinie1181 di aplikasi TikTok, pada awalnya pemuda itu segan untuk memberitahu masalah yang dialaminya apabila ditanya kenapa mahu menjual tong gas itu.

Selepas berbual buat beberapa ketika dan melihat kesedihan pada raut wajahnya, barulah pemuda itu mendedahkan masalah sebenarnya.

Merayu minta tuan kedai beli

Sambil menahan air mata, pemuda itu berkata dengan nada sayu bahawa dia ingin wanita itu membeli tong gas berkenaan kerana ingin menyara orang tuanya.

Selain itu, dia turut merayu agar wanita yang juga merupakan tuan kedai tersebut, membeli tong gas yang dijualnya berkenaan.

Tak dapat kerja sebab PKP, sukar nak sara ibu bapa

Menurut pemuda itu lagi, dia terpaksa melakukan perkara tersebut kerana risau akan keadaan ibu bapanya tambahan lagi apabila dia tidak dapat bekerja setelah tempat kerjanya ditutup kerana PKP.

Simpati akan nasib pemuda tersebut, wanita itu membeli jualannya dan memberi beberapa barang keperluan supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebannya.

Perkongsian terbabit telah meraih pujian netizen yang mana rata-rata mereka memuji tindakan wanita itu.

Malah, ada juga yang mempersoalkan ke mana hilangnya wakil rakyat yang sepatutnya menjadi orang bertanggungjawab membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan sis

Moga dimurahkan rezeki sis

Dah jual tong gas tu, dia ada tong gas lain ke? camne nk masak?

Moga awak dimurahkan rezeki seluas lautan dik

Sumber: TikTok @rinie1181

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini