23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

“Saya Anggap Seperti Ibu Dan Ayah” – Gendong Pakcik Turun Bas

“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di bas saya akan kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.

NIAT saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji,” kata pemandu bas, Mohamad Rafidi Mansor, 34, yang gambarnya sedang mengendong lelaki warga em4s yang kurang keupayaan tvlar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

ISLAM menekankan keperluan membantu sesama insan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya S3ksa dan Az4b Allah  amatlah berat (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2)

Setiap hari kita berurusan dengan orang lain dengan cara mendapatkan bantuan serta khidmat daripadanya kerana kudrat diri yang terbatas.

Kejadian berlaku ketika dia memberhentikan bas yang dipandu dari ibu negara untuk menurunkan penumpang di Simpang, Taiping, sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Ekspres Kamunting.

Mohamad Rafidi berkata, dia mengendong lelaki itu selepas diminta oleh isteri warga em4s terbabit untuk membantu suaminya turun bas sementara menanti ketibaan anak mereka.

Katanya, dia tidak menyangka perbuatannya membantu pasangan warga em4s terbabit menjadi tular memandangkan ini bukan kali pertama berbuat demikian.

“Saya selagi boleh akan membantu sesiapa saja yang memerlukan kerana pegangan saya jelas iaitu jika kita memudahkan urusan orang lain, insya-Allah, Allah mempermudahkan kembali urusan kita.

“Sewaktu membantu pasangan warga emas itu, saya menganggap mereka seperti ibu dan ayah saya,”

Berkhidmat dengan syarikat bas ekspres selama 10 tahun, Rafidi berkata, dia ikhlas kerana Allah selain berasa sudah menyempurnakan tuntutan berbuat baik kepada sesama manusia.

“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di bas saya akan kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.

“Walaupun saya sendiri bukanlah daripada keluarga orang senang, namun insya-Allah perbuatan baik akan dibalas baik,” katanya.

Facebook: Amri Ghani

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini