23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Sekumpulan Gajah Tertidur Selepas Mengembara Lebih 500KM

Sekumpulan 15 ekor gajah liar yang melakukan perjalanan melintasi kawasan barat daya China telah memasuki kampung-kampung untuk memusnahkan tanaman, merosakkan bangsal dengan kerugian berjuta-juta dolar.

Sejak seminggu lalu, kawanan gajah itu meminum dan bermain air sehingga menyebabkan sebuah tangki air kering, memakan tanaman di ladang jagung dan memakan stok bijirin di sebuah bangsal, lapor stesen televisyen pemerintah, CCTV.

Masih tidak jelas mengapa gajah Asia itu yang merupakan spesies dilindungi di China, keluar dari Taman Negara  Xishuangbanna  di wilayah Yunnan.

Destinasi kawanan gajah itu juga tidak diketahui.

Bagaimanapun sejak April lalu, haiwan besar itu telah melakukan perjalanan sejauh 500 kilometer dan dipantau oleh pihak berkuasa dengan beratus-ratus petugas dikerah untuk memastikan keselamatan orang awam.

Semalam, pihak berkuasa tempatan berkata, kawanan gajah itu cuma 20 kilometer dari ibu negeri wilayah Yunnan yang mempunyai populasi berjuta-juta orang.

Pakar-pakar percaya gajah tunggal dalam kumpulan itu membawa kawanannya keluar dan menambah, adalah jarang untuk gajah melakukan perjalanan sejauh itu.

Sejak pertengahan April lalu, kawanan gajah itu merosakkan sekitar 56 hektar tanaman dan mengakibatkan kerugian kira-kira  6.8 juta yuan (RM4.4 juta).

Populasi gajah liar di Yunnan adalah sekitar  300 ekor, meningkat daripada 193 ekor pada tahun 1980-an, lapor agensi berita Xinhua. – AFP

Sumber: Kosmo! Online

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini