21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Simuna, Sejarah Penembak Tepat Tentera Finland

Dia berkhidmat dalam pasukan tentera Finland ketika era perang musim sejuk menentang pihak Soviet yang bermula pada tahun 1939 hingga 1940.

Simo “Simuna” Häyhäe yang dilahirkan pada 17 Disember 1905 merupakan penembak tepat tentera Finland. Dia berkhidmat dalam pasukan tentera Finland ketika era perang musim sejuk menentang pihak Soviet yang bermula pada tahun 1939 hingga 1940.

Dalam perang yang dikenali sebagai The Battle of Kollaa, dia menggunakan M/28-30 buatan Finland, dia dipercayai telah menembak mati lebih 500 orang dalam peperangan tersebut. Musim sejuk di kawasan tersebut boleh mencecah suhu sehingga – 40 dan – 20.

Dia memakai sut lengkap berwarna putih untuk mengelak dari dikesan oleh pihak musuh, kejayaannya menembak mati 500 musuh tersebut hanyalah kurang dari 100 hari sahaja. Pada 21 Disember 1939, hari tersebut merupakan hari yang paling ramai musuhnya mati, ketika itu 25 orang telah maut ditembak olehnya.

Pada 6 march 1940, dia telah mengalami kecederaan yang parah pada rahang kiri selepas terkena tembakan musuh, dia menghabiskan masanya dengan menjadi petani di Ruokolahti, Dia meninggal pada tahun 2002 ketika berusia 96 tahun di rumah jagaan orang tua yang terletak di Hamina, Finland.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini