23.5 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Stesen Keretapi Yang Dibuka Untuk Seorang Penumpang

Di negara Jepun, terdapat sebuah stesen keretapi bernama Kyu-Shirataki

Apa yang menarik tentang stesen keretapi Kyu-Shirataki ini adalah pihak pemaju ingin menutup stesen keretapi ini.

Hal ini demikian kerana pihak pemaju melihat sudah banyak stesen baharu dibina sepanjang laluan yang sama.

Kyu-Shirataki adalah stesen yang lama. Namun, setelah diteliti, pihak pemaju akhirnya terperasan akan kelibat seorang budak sekolah perempuan yang menaiki keretapi di stesen itu setiap hari untuk pergi ke sekolah.

Akhirnya, pemaju bersetuju untuk menangguhkan penutupan stesen itu sehinggalah budak perempuan itu tamat sekolah.

Apa yang menarik adalah tiada sesiapa pun yang menunggu keretapi di stesen itu melainkan budak perempuan itu seorang sahaja.

Sesuai dengan janjinya, akhirnya pada tahun 2015, budak perempuan itu tamat sekolah, stesen Kyu-Shirataki pun ditutup.

Pendek kata, stesen keretapi ini ditangguh penutup kerana budak sekolah ini sahaja. 

Apabila disoal berkaitan kerugian kerana stesen itu kerana hanya beroperasi untuk seorang penumpang sahaja.

Pemaju jawab, negara Jepun akan lebih rugi jika budak itu tidak pergi sekolah tidak mendapat ilmu kerana dia tiada kenderaan jika mereka tutup stesen itu.

Inilah Jepun. Pendidikan diutamakan.

sumber:Facebook

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini