21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

SubhanAllah, Dulu 3 Tahun Hafaz Yasin, Sekarang Hafaz Quran

Walaupun dilahirkan dengan kekurangan, kanak-kanak ini mempunyai cukup ‘kesempurnaan’ apabila diberi keterangan hati menghafaz hampir semua surah dalam al-Quran dengan hanya mendengar alunan di radio.

Video ada di hujung artikel. Kanak-kanak istimewa ini, Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, turut disahkan menghidap aut!sme dan kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan. Ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu buta kedua-dua belah mata sejak dilahirkan dan pada umurnya setahun setengah disahkan menghidap aut!sme.

“Ketika umur Aqeel setahun, saya perasan perkembangannya agak lambat dan dia suka menghantukkan kepala di lantai malah menangis yang tidak tahu punca. “Selepas melakukan sedikit pembacaan dan perasan Aqeel ada ciri-ciri aut!sme, kami kemudian merujuk kepada pakar kanak-kanak seterusnya ke pakar psik!atrik dan doktor mengesahkan anak mempunyai mild aut!sm,” katanya ketika dihubungi

Suri rumah itu berkata, ketika mengandungkan Aqeel dia sering mengalunkan ayat al-Quran sehingga dia besar dan dia akan mendengar serta menghayati surah berkenaan yang dipasang di Y0uTube, radio dan televisyen.

Kanak-Kanak Istimewa Ini Menghafal Al-Quran Dengan Hanya Mendengar Alunan Bacaan Dari Radio. Allahuakbar!

“Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. “Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi. “Lagipun Aqeel ada aut!sme, jadi kalau dia ‘t4ntrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” katanya .

Kanak-Kanak Istimewa Ini Menghafal Al-Quran Dengan Hanya Mendengar Alunan Bacaan Dari Radio. Allahuakbar!

Menurutnya, ayat suci al-Quran memang sebati dengan Aqeel kerana sudah didedahkan daripada kecil lagi, malah ketika dalam rahim.

“Tapi mungkin juga kelebihan Aqeel buta dan aut!sme membuatkan dia dapat menghafaz banyak surah. “Sebab adik-beradik yang lain iaitu abangnya berusia 10 tahun dan adik perempuan berusia tiga tahun pun kami buat benda sama, tetapi tidaklah sehebat Aqeel. “Saya rasa hampir semua surah dalam al-Quran dihafaz oleh Aqeel, selain tu Aqeel boleh membaca surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa dan Yaasin,” katanya.

Menurutnya, ini berikutan setiap kali suaminya, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, membaca al-Quran kemudian meminta Aqeel menyambungnya, pastinya dia boleh melengkapkan surah berkenaan.

“Saya rasa hampir semua surah dihafaz oleh Aqeel kerana bila kami pilih surah dalam al-Quran, dia boleh teka surah apa kami baca. “Kami berharap Aqeel dapat menjadi hafiz al-Quran suatu hari nanti walaupun mempunyai kekurangan diri,” katanya .


Menurutnya, dia dan suami berharap supaya Aqeel dapat berdikari dan menjalani keh!dupan seperti orang lain walaupun agak sukar untuk mendidik Aqeel kerana masalah penglihatan dan aut!sme.

“Bagaimanapun, kami tidak putus asa menghantar Aqeel ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk mempersiapkan dirinya untuk masa depan. “Siapa tahu satu hari nanti Aqeel dapat bertanding dalam tilawah al-Quran dan ini sudah cukup menggembirakan kami,” katanya.

Kredit : My Metro via imuslimnetwork

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini