22.3 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

SubhanAllah, Hanya Minta Upah Beras, Kanak – Kanak Ini Usaha Ambil Upah Cat Pagar

Waktu-waktu getir ini, semua rakyat mengalami kesukaran tersendiri. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, tak salah untuk kita saling bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan agar mereka kembali tersenyum.

Datang kerja mengecat

Hal ini samalah seperti seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @FaeezSalleh apabila berkongsi video seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun tekun mengecat meja selepas datang bertanyakan kerja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan imbuhan.

Gembira dapat bawa balik beras

Namun begitu, apa yang mengejutkan pengguna TikTok berkenaan adalah jawapan kanak-kanak tersebut ketika ditanya mahu dibayar dengan duit ataupun beras.

Menurut @FaeezSalleh, kanak-kanak tersebut memilih dibayar dengan beras dan selepas diberikan ‘gaji’, dia kelihatan gembira pulang berjalan kaki sambil membawa sekampit beras hasil usahanya mengecat.

Ucap terima kasih kepada semua

Disebabkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu tular, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hanif bin Zakaria itu telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan juga sokongan untuknya.

Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakannya mencari rezeki yang halal buat membantu keluarga pada masa akan datang.

Semoga membesar menjadi anak yang berguna

Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dengan kegig1han pelajar darjah 5 itu mencari pendapatan tambahan untuk membantu orang tua.

Mereka juga memuji tindakannya yang bijak mencari peluang untuk bekerja bagi membantu keluarga dan mendoakan agar segala urusan Muhammad Hanif terus dipermudahkan, InnsyaAllah.

Sebak lihat ank kecil mampu bantu keluarga

Luaskanlah rezeki adik ni

Sumber: KLmenjerit

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini