21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

SubhanAllah, Kalimah Allah Terb3ntuk Di L4ngit. “Saya Terus Berdoa”

Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bersyukur kerana menganggai menjadi antara insan terpilih untuk menyaksikan kalimah Allah di langit ketika bertugas di Pasar Borong Gong Pauh di sini, awal pagi ini.

Mohd. Hasmizi Harun, 32, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 2.58 pagi ketika dia berada di tempat letak kereta pasar berkenaan. 

Katanya, turut sama menyaksikan kalimah Allah itu ialah tujuh rakan setugasnya di samping beberapa peniaga. 

“Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa,” kata Mohd Nor Firdaus Ibrahim.

Mohd Nor Firdaus, 34, dari Kampung Kuala Belara, Manir antara individu yang melihat kalimah Allah terbentuk di awan ketika menjalankan tugas di Pasar Borong Gong Pauh, Wakaf Mempelam, di sini, hari ini.

Kalimah Allah yang jelas terbentuk di awan kira-kira 3 pagi itu menjadi tular di media sosial sehingga ada yang mengaitkan pe.ristiwa itu dengan malam lailatul qadar yang berlaku sekali pada Ramadan.

Katanya, dia sedang menjalankan rondaan di pasar berkenaan sebelum melihat awan yang berbentuk kalimah di langit.

“Ketika itu tidak ramai lagi pengunjung di pasar itu dan kejadian itu berlaku sangat s.ingkat sehingga tidak semua orang sempat merakam gambarnya.

“Hanya kurang lima minit awan itu terbentuk kalimah sebelum ia dibawa angin dan tidak lagi berbentuk kalimah.

“Pengalaman yang sangat bermakna kepada saya sepanjang menyambut Ramadan, melihat kebesaran Allah melalui kalimah itu menyebabkan tangan menadah ke langit dan berdoa,” katanya.

Tambahnya, dia tidak b.erani untuk mengaitkan kej.adian itu dengan malam lailatul qadar.

“Memang kalimah itu dilihat pada malam Jumaat dan pada Ramadan tetapi ia tidak berlaku pada 10 akhir Ramadan.

“Bagaimanapun keja.dian itu tetap memberi kei.nsafan dan ingatan kepada saya terhadap kebesaran Allah SWT,” katanya yang juga Pembantu Penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurutnya, dia meminta rakan setugasnya merakam gambar kalimah itu di awan ketika kejadian.

“Telifon rakan saya lebih canggih oleh itu imej kalimah itu nampak lebih jelas di langit apabila dirakam menggunakan telifon bimbitnya,” katanya.

Sumber: Utusan

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini