21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 19, 2021

Tak Perlu Gelek dan Bercakap, Khabane Lame Jana RM90 Ribu Dalam Beberapa Saat Sahaja

Khabane Lame merupakan pencipta konten untuk TikTok. Dan kini dia menjadi antara pencipta konten paling popular di dunia menerusi platform tersebut.

Menurut portal Axello, TikTok biasanya dikaitkan dengan aktiviti bergelek oleh remaja dan belia. Namun Khabane Lame mencipta populariti hanya dengan ekspresi muka tanpa perlu menari dan bercakap.

Pendekatan itu juga membuatkan konten diciptanya merentasi sempadan negara, bangsa, dan bahasa. Di mana semua orang di dunia memhaminya dengan isyarat dan kelakuannya.

Dia menghasilkan konten yang menyindir Life Hack. Di mana Lame menunjukkan betapa mudahnya hidup jika kita tidak sengaja menyusahkan diri.

Lame seringkali menggelengkan kepala kepada beberapa tips oleh life hack yang tak berguna serta merumitkan.

Sedikit tentang latar belakang Lame. Dia kini memiliki lebih 66 juta pengikut di TikTok – lebih banyak daripada populasi rakyat Itali – dan 19.4 juta pengikut di IG. Mark Zuckerberg tauke IG pun kena tapau tau.

Lame lahir di Senegal dan dibesarkan di Chivasso, Itali. Siapa sangka pemuda awal 20-an itu mencipta nama sebagai sensasi internet.

Peak kepada kegemilangan Lame adalah berjaya menambah 15 juta pengikut dalam masa dua minggu. Perkongsian laman peminat yang lain serta reddit membantu Khabane Lame meningkatkan popularitinya.

Selepas menempa kegemilangan menerusi TikTok dan Instagram, Khabane Lame kemudian membangunkan lagi empayarnya di YouTube.

Malah figura awam seperti Del Piero dan Arthur pun pernah berada dalam video Lame. Punyalah power.

Menurut Starsunfolded, Khaby Lame kini menjana $13,380 sehingga $22,300 bersamaan dengan sekitar RM55,232.64 sehingga RM92,054.40 untuk setiap satu video yang beliau hasilkan. Video tersebut biasanya hanya beberapa saat sahaja.

Selain daripada video tentang memudahkan life hack yang entah apa apa, Khaby juga suka membuat video kelakar yang lain.

Di sebalik popularitinya, Khaby Lame sebenarnya memiliki latar belakang yang sukar. Dia tiba dari Dakar, Senegal pada 2001 bersama dengan ibu bapanya yang bermigirasi ke Itali.

Dia memang mahu membantu keluarganya mengubah nasib mereka. Namun tak sangka rezekinya melimpah ruah menerusi internet. Dia sendiri tidak menyangkanya.

Bercakap kepada Corriere Della Sera, lame berkata: “Sekarang saya nak buat kerja saya, menghiburkan orang, membuatkan orang ketawa, dan membantu ibu bapa, rakan rakan dan jiran saya. Saya terhutang budi segalanya dekat mereka.”

sumber: Axello.net

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

155,472FansLike
21,554FollowersFollow
15,442FollowersFollow
- Advertisement -

Artikel Terkini